OPPO A72 5G Diumumkan Dengan Skrin 6.5-Inci 90Hz, Cip Mediatek Dimensity 720

- Advertisement -

OPPO baru sahaja mengumumkan model pertengahan dengan sokongan rangkaian 5G iaitu Oppo A72 5G. Peranti ini dilengkapi dengan paparan FHD+ bersaiz 6.5 inci dan sokongan kadar penyegaran 90Hz. Paparan depan juga tersedia dengan kamera selfie 8MP dengan bukaan F2.0.

Oppo A72 5G adalah model pertama yang dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 720 dengan sokongan rangkaian 5G SA/NSA. Ia turut dimuatkan dengan 8GB RAM, memori dalaman 128GB dan menjalankan Android 10 dengan ColorOS 7.2.

Telefon ini juga dilengkapi dengan tiga kamera belakang yang merangkumi kamera utama 16MP, sensor ultra lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP. peranti mampu milik 5G ini juga mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan bateri 4040 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Untuk pasaran China, peranti ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Violet dan Neon dengan harga jualan 1899 Yuan. Harga Oppo A72 5G untuk pasaran Malaysia dijangka sekitar RM1199 sekiranya peranti ini memasuki pasaran tempatan kelak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat