DNB bakal bangkrap angkara Menteri KKD, siapa nak tanggung hutang?

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Digital Nasional Berhad (DNB) memulakan operasi dengan suntikan ekuiti awal daripada kerajaan berjumlah RM500 juta, ia tidak menerima sebarang jaminan atau pembiayaan lain kerajaan.

Dianggarkan yang pelaksanaan rangkaian 5G dilakukan DNB menelan belanja RM16.5 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ini akan dibiayai daripada penjualan rangkaian 5G kepada syarikat telekomunikasi (telko).

Daripada pelan asas ini, DNB dijangka akan bernilai RM5 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pendekatan pemborong rangkaian 5G tunggal (SWN) menerusi DNB sebelum ini juga dijangka membolehkan telko berjimat sehingga RM30 bilion kerana tidak perlu membina infrastruktur 5G yang sepenuhnya akan dibina oleh DNB.

Sejak gerak kerja pelaksanaan 5G dimulakan DNB pada Disember 2021, setakat ini 59.3% kawasan berpenduduk negara sudah menerima liputan 5G. Peratusan dijangka mencapai 80% pada hujung tahun ini.

Walaupun begitu, kesemua fakta kecemerlangan dan potensi DNB terganggu dengan kerajaan yang mahu “memecahkan monopoli” apabila Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan peralihan daripada SWN kepada dwi pemborong rangkaian (DWN) 5G yang dijangka dilaksanakan seawal tahun depan.

Entiti B – samada konsortium telko atau gabungan telko dan DNB- akan menjadi pemborong kedua seterusnya memberikan “persaingan” kepada DNB.

Fahmi bagaimanapun mengakui yang harga dan kelajuan 5G negara tidak akan berubah dengan kewujudan Entiti B ini, seterusnya mencetuskan persoalan apakah manfaat diterima rakyat Malaysia dengan peralihan SWN kepada DWN.

Susulan pengumuman Fahmi, CelcomDigi dan Telekom Malaysia membatalkan perjanjian untuk memegang kepentingan dalam DNB, seterusnya mengagalkan usaha pentadbiran terdahulu bagi memastikan telko menjadi pemilik bersama DNB.

Fahmi turut mengumumkan yang pelan kerajaan untuk melupuskan 70% kepentingan dalam DNB akan diteruskan walaupun telko kini tidak lagi memiliki kepentingan dalam syarikat tersebut.

Putrajaya dan Fahmi juga berulang kali mengulangi yang mereka akan menghormati kontrak ditandatangani DNB dan Ericsson selaku kontraktor pelaksana 5G.

Dengan perkembangan terbaru apabila kerajaan dan telko menarik sebagai pemegang kepentingan DNB dan kewujudan Entiti B selaku pemborong kedua rangkaian 5G, ia mencetuskan persoalan terhadap kedudukan kewangan DNB pada masa hadapan.

Untuk rekod, Ericsson menerima kontrak bernilai RM11 bilion selama dua tahun bagi membantu DNB melaksanakan rangkaian 5G di Malaysia.

Perkembangan DNB kini terganggu dengan keputusan Fahmi dan Putrajaya yang diakui mereka sendiri tidak mendatangkan kesan positif daripada aspek harga dan kelajuan 5G di negara ini.

Persoalan sekarang, siapa sebenarnya yang meraih untung dengan peralihan dasar ini?

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat