Harga, kelajuan 5G tak berubah dengan pembekal rangkaian kedua

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Alasan yang digunakan Putrajaya untuk beralih kepada dwi pemborong rangkaian 5G (DWN) adalah memecahkan monopoli Digital Nasional Berhad (DNB) yang dihebohkan akan menggalakkan persaingan.

Tetapi, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada sidang media 23 Mei lepas mengakui yang harga pemborong rangkaian 5G “tidak akan lebih tinggi atau lebih buruk” berbanding harga ditawarkan DNB sekarang.

Untuk rekod, 5G dijual DNB kepada syarikat telekomunikasi dengan harga 13 sen per gigabite (GB) berbanding kos 4G dibangunkan telko yang mencecah 50 sen per GB.

Disebabkan harga lebih murah dijual DNB, pengguna di Malaysia membayar hanya RM1 per GB untuk rangkaian 5G berbanding RM2 per GB untuk 4G.

Fahmi turut menjamin yang kelajuan rangkaian 5G akan dikekalkan selepas DNB tidak lagi menjadi pemborong rangkaian tunggal.

Kelajuan muat turun 5G DNB adalah 285 Mbps berbanding purata 5G global sebanyak 184 Mbps. Rangkaian 4G yang dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat telekomunikasi pula hanya selaju 17 Mbps.

Pengakuan terbaru Fahmi ini mencetuskan persoalan manfaat yang akan diterima rakyat Malaysia dengan pelantikan pemborong kedua rangkaian 5G jika harga dan kelajuan rangkaian 5G tidak bertambah baik.

Fahmi turut mendedahkan yang rangkaian 4G yang pelaksanaannya dimonopoli sepenuhnya syarikat telekomunikasi mencecah hanya 96.92% liputan seluruh negara sejak mula dilaksanakan sejak 2013.

Malah, beliau turut mengakui yang bukan semua syarikat telekomunikasi mencapai tahap tersebut.

“Realitinya adalah setiap telko mempunyai darjah liputan berbeza. Aspek terpenting pelaksanaan liputan 5G adalah Entiti B (konsortium telko atau gabungan DNB dan Entiti B) akan membina rangkaian secara berasingan. Kedua-dua rangkaian akan mempunyai jumlah liputan lebih kurang sama,” kata Fahmi.

Sekadar perbandingan, DNB mula melaksanakan 5G pada Disember 2021 dan setakat Mei 2023 sudah mencapai 59.5% liputan dengan sasaran 80% liputan dijangka dicapai pada hujung tahun ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat