Mengimbau Pertemuan Najib Razak – Barack Obama 6 Tahun Lalu

- Advertisement -

HUBUNGAN negara ini dengan Amerika Syarikat, terutama dengan Presidennya, tidak pernah berada dalam keadaan terbaik, sehinggalah Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri negara kita.

Dulu kalau pemimpin Malaysia nak berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat, sudahlah terpaksa terbang ke Washington, terpaksa pula membayar pelobi berjuta dolar untuk dapat peluang tersebut seperti yang pernah berlaku pada 2001.

Hari ini, 27 April, genap 6 tahun yang lalu, keadaan itu berubah. Dari pemimpin kita bertemu dengan Presiden negara kuasa besar dunia itu, Presiden Barrack Obama datang sendiri berjumpa dengan Perdana Menteri kita disini – kali pertama sejak Presiden Lyndon B Johnson melawat negara ini pada tahun 1966.

Sebenarnya hubungan rapat Najib dengan Obama, sudah bermula seawal 2010 lagi. Ketika menghadiri Persidangan Keselamatan Nuklear yang dihadiri 40 pemimpin dunia lain di Washington pada tahun berkenaan, Najib antara hanya 2 pemimpin dari Asia yang mendapat kesempatan berbincang dengan Obama secara pertemuan 4 mata.

Seorang lagi pemimpin Asia yang mendapat peluang tersebut ialah Presiden China pada ketika itu, Hu Jintao.

Dalam insiden kehilangan pesawat MH370 pada tahun 2014, pentadbiran Obama memberikan banyak bantuan dari segi teknikal dan ketenteraan untuk mengesan pesawat tersebut, diikuti oleh bantuan hampir sama dari sekutu negara Uncle Sam itu seperti Australia.

Gagasan ekonomi TPPA (Trans Pacific Partnership) cetusan idea Obama membawa hubungan itu ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. TPPA kalau diteruskan, bakal membuka banyak peluang ekonomi untuk negara ini.

Dipendekkan cerita, Malaysia mendapat banyak manfaat dari hubungan baik ini sehinggalah pentadbiran Trump mengambil alih pada tahun 2016 dan Najib sendiri hilang jawatan Perdana Menteri selepas Perikatan politik pimpinannya kalah dalam PRU14.

Tapi kata orang hanya sejarah yang menilaikan jasa dan terbukti sejak tidak lagi menjadi Perdana Menteri, rakyat terasa kehilangan banyak kelebihan yang dulu dinikmati mereka.

Banyak perbandingan dulu dan sekarang, membuktikan keunggulan pentadbiran Najib sehingga diakhirnya kerajaan PH tumbang dengan sendirinya berikutan perletakan jawatan PM7 – tak sampai pun 2 tahun sejak mengambil alih.

PM7 sendiri mengakui secara terbuka bahawa Najib adalah antara faktor yang membawa kepada tumbang kerajaan PH yang dia pimpin.

Kita bagaimanapun bersyukurlah kerana perubahan itu berlaku. Ambil kira cara pengendalian wabak Covid-19 inipun, hampir tidak ada bezanya kerajaan negara ini pada waktu itu, dengan cara Trump di Amerika sana. Lembap, lambat tidak peduli amaran WHO dan sebagainya, seperti yang didakwa ramai orang di media sosial.

Sekurang-kurangnya Trump lebih baik lagi kerana terus menghalang rakyat China dari masuk ke negara tersebut, hanya sehari selepas WHO mengisytiharkan Covid-19 sebagai darurat kesihatan hujung bulan Januari lepas.

Kita? Malaslah nak cakap, semua orang tahulah apa yang berlaku. WHO bagi amaran, kita warning WHO balik – satu contoh saja tu.

Apa pun ramai merindui zaman kegemilangan hubungan kita dengan Amerika Syarikat ketika Najib dan Obama menjadi ketua kerajaan.

Entah bila zaman itu akan berulang semula.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat