Kalau benar ada Titah Adendum, kerajaan tak wajar derhaka, pertikai – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya benar wujudnya titah adendum maka adalah tidak wajar kerajaan menderhakainya tanpa penjelasan yang meyakinkan.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa hak Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu tidak harus dipertikai.

“Jangan cuba pertikai atau menimbulkan keraguan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu dalam memberi pengampunan. Lembaga- lembaga diwujudkan untuk memberi nasihat dan pandangan.

“Agong dan Raja-raja boleh memutuskan atau menitahkan perkenan baginda dalam mesyuarat atau selepas mesyuarat.Hak baginda tidak harus dipertikaikan

“Sekiranya benar adanya titah adendum itu,kerajaan tidak harus menderhakainya tanpa penjelasan yang meyakinkan,” kata Annuar dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

Bekas Menteri Kabinet itu malah menegaskan, sejak zaman berzaman Raja- raja Melayu mempunyai kuasa memberi pengampunan.

“Perlembagaan negara mengekalkan hak dan kuasa tersebut melalui perkara 42(1) dengan jelasnya.

“Pengalaman saya sebagai anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kami amat memahami dan menghormati kedudukan tersebut,” jelas Annuar.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memfailkan afidavit di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April mendakwa melihat perintah tambahan untuk Datuk Seri Najib Razak menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat