China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Threads daripada App Store negara itu

- Advertisement -

SAN JOSE- Kerajaan China mengarahkan Apple mengeluarkan aplikasi WhatsApp dan Threads daripada App Store China, kata syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Badan kawal selia internet China memberikan alasan kebimbangan keselamatan negara, apabila mengeluarkan arahan supaya Apple mengeluarkan dua aplikasi milik Meta, pembuat iPhone itu memberitahu The Wall Street Journal dan media lain di AS dalam kenyataan.

Beijing telah menghalang aplikasi asing itu daripada boleh diakses di peringkat tempatan.

Bagaimanapun, pengguna dapat memuat turun aplikasi itu dengan menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) yang menghalakan semula laluan data jadi ia kelihatan seperti datang dari luar negara – untuk melangkau sekatan kerajaan China.

Langkah diambil Beijing sekarang ialah menutup satu daripada jalan keluar tembok apinya.

Aplikasi mudah alih merupakan satu daripada tumpuan dalam hubungan antara Amerika-China.

Satu rang undang-undang sedang dibawa menerusi Kongres AS yang akan memaksa penjualan aplikasi pertukaran video popular TikTok yang dimiliki ByteDance berpangkalan di China.

Di Washington, terdapat kebimbangan bertahun-tahun mengenai akses ByteDance ke atas data pengguna. Rang undang-undang terkini itu mendapat banyak sokongan daripada Republikan dan Demokrat.

Perundangan itu akan membolehkan TikTok diharamkan daripada App Store AS jika perkhidmatan itu kekal dimiliki ByteDance.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat