Kuasai Teknologi Pendigitalan, Kata Perdana Menteri Kepada Golongan Usahawan.

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan sambutan Hari Usahawan Negara (HUN) 2022 yang dianjurkan Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) semalam sebagai berjaya kerana mampu memberi manfaat yang besar kepada para usahawan untuk membina dan meluaskan rangkaian perniagaan mereka.

Dalam ucapannya sempena sambutan itu, Perdana Menteri menjelaskan bahawa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) amat penting kepada pembangunan negara kerana ia menyediakan lebih 8 juta peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia.

Sektor ini jelas beliau, amat penting dan Kerajaan memberikan perhatian
yang serius bagi memastikan ia dapat terus berkembang bukan sahaja di Malaysia malah ke pasaran serantau.

Dalam hal ini kata Perdana Menteri,”Saya difahamkan DPUKM akan membantu usahawan
melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa khususnya melibatkan produk halal”.

Justeru tegas beliau, peluang ini harus digunakan sepenuhnya oleh para usahawan untuk meneroka pasaran baharu bagi
memasarkan produk serta perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Ismail menambah,dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Kerajaan telah meletakkan sasaran sebanyak 45 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun 2025 yang disumbangkan oleh PKS.

Sasaran ini katanya adalah realistik kerana sebanyak 39 peratus KDNK negara pada 2019 disumbangkan oleh PKS sebelum
ia terjejas akibat pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu dan terbaru, akibat banjir pada penghujung tahun lalu.

Bagaimanapun Kerajaan tambah Perdana Menteri, telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan PKS termasuk usahawan mikro dan informal dapat meneruskan perniagaan mereka.

Sebagai contoh, Kerajaan telah melancarkan program Semarak Niaga dengan dana sebanyak RM22 bilion untuk membantu usahawan mendapatkan pembiayaan bagi
meluaskan perniagaan.

Selain itu, Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 tanpa faedah dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal. Saiz dana untuk program ini sahaja berjumlah RM200 juta.

Agrobank pula menawarkan pinjaman sehingga RM75,000tanpa faedah berserta kemudahan moratorium selama enam bulan.

Manakala SME Bank menawarkan pinjaman sehingga RM10 juta di bawah skim IBS Promotion Fund 2.0 dan RM1 juta di
bawah Program Pembiayaan Usahawan Muda 2.0. Secara kolektif, saiz dana untuk kedua-dua skim ini berjumlah RM300 juta.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memastikan para usahawan Keluarga Malaysia dapat terus mengembangkan perniagaan dan perusahaan, kata Perdana Menteri lagi.

Dalam negara menghadapi Revolusi Industri Ke-4 atau IR4.0 yang membawa pelbagai teknologi baharu terutamanya
pendigitalan, Perdana Menteri mahu semua usahawan menguasai teknologi baharu ini khususnya pendigitalan bagi memastikan usahawan tidak ketinggalan dalam arus yang sedang berkembang pesat.

Pendigitalan ini jelas Ismail juga dapat membantu produk-produk dari luar bandar menembusi pasaran yang lebih luas.

Justeru, kerajaan telah mewujudkan MyDIGITAL yang merupakan satu inisiatif bagi mencerminkan aspirasi Kerajaan mentransformasikan Malaysia menjadi
negara berpendapatan tinggi yang berpacukan pendigitalan dan sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital.

Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar 4IR ini kata Perdana Menteri, telah menggariskan usaha dan inisiatif dalam mencapai
aspirasi MyDIGITAL.

Perdana Menteri diakhir ucapannya mengucapkan tahniah dan syabas kepada DPUKM diatas kejayaan penganjuran HUN 2022 dan memberi jaminan bahawa Kerajaan akan terus membantu golongan usahawan untuk meluaskan perniagaan mereka melalui pelbagai inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat