Titah Agong henti main politik dituju kepada Kerajaan Perpaduan – Ketua Pemuda PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang meminta semua pihak tidak ‘bermain politik’ diterjemah merujuk kepada Kerajaan Persekutuan, dakwa Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Ahli Parlimen Alor Setar itu menyenaraikan pelbagai tindakan kerajaan yang sebagai ‘bermain politik’.

“Memang sepatutnya semua pihak tidak ‘bermain politik’ di dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan, seperti titah Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, pagi tadi (semalam), di Parlimen.

“Hentikan ‘bermain politik’ dengan ahli Parlimen pembangkang, menyekat peruntukan. Nak dapat peruntukan, kena sokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh beberapa orang sebelum ini. Kedah, Kelantan, Perlis semua beri peruntukan kepada ADUN Pembangkang. Kecuali Terengganu, langsung tak bagi, sebab tiada pembangkang,” bidas Afnan Hamimi.

Beliau juga meminta kerajaan menghentikan ‘bermain politik’ dalam isu kritikal negara umpamanya isu Beras Madani yang dilihat tidak ketahuan dan celaru.

Selain itu, Afnan Hamimi juga menyebut isu nilai matawang yang merudum, dan isu kos sara hidup yang kian meningkat.

“Jawablah secara profesional. Tunaikanlah segala janji yang ditabur sebelum ini. Jangan jawab macam atas pentas politik.

“Kamu tu kerajaan, bukan pembangkang. Jangan berpolitik sepanjang masa,” tegasnya.

Selain itu, beliau juga menuntut supaya kerajaan menghentikan tindakan politik terhadap para penjawat awam yang kononnya dianggap tidak sebulu dengan aspirasi Kerajaan Madani.

“Contohnya tindakan Menteri Pelancongan yang memecat seorang pegawai tinggi di bawah Kementerian Pelancongan baru-baru ini.

“Hentikan juga ‘permainan politik’ dengan negeri-negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN). Terdapat arahan secara tidak bertulis supaya pegawai agensi Persekutuan di negeri PN untuk tidak terlibat dalam mesyuarat dan acara-acara rasmi Kerajaan Negeri berkenaan. Ini adalah tindakan politik yang merugikan semua pihak termasuk Kerajaan Madani sendiri.

“Hentikan ‘bermain politik’ di sekolah-sekolah dan pusat pengajian yang melibatkan pimpinan parti politik kerajaan. Pemimpin Kerajaan Madani bebas keluar masuk sekolah kempen politik. Manakala Ahli Parlimen Pembangkang pula disekat dan dihalang daripada dijemput ke sekolah dan pusat pengajian tinggi,” dakwanya.

Menurut Afnan Hamimi, jika semua isu-isu utama dan kritikal dapat diatasi jika Kerajaan Madani menunaikan semua janji.

“Iaitu jika Ahli Parlimen pembangkang dilayan sama rata (seperti manifesto PH) dan diberikan hak yang sepatutnya; jika 4 Kerajaan Negeri di bawah PN dimudahkan semua permohonan projek pembangunan dan dilayan mengikut prinsip federalisma yang sepatutnya; maka tiada masalah untuk kerajaan yang ada ini untuk terus mentadbir sehingga PRU16.

“Perlu diingat, orang yang mengajar tentang permainan politik yang menggugat kestabilan politik negara dahulu, adalah orang yang sama memimpin negara hari ini.

“Langkah Kajang, Projek 16 September, desak Tan Sri Muhyiddin Yassin letak jawatan, dan desak Datuk Seri Ismail Sabri bubar Parlimen, semua orang tahu siapa punya angkara. Dia buat kat orang takpa. Orang buat kat dia tak boleh. Koman spana.

“PRU akan datang, rakyat boleh tolak orang yang bermain politik kotor seperti ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat