KKM bayar IJN untuk setiap pesakit dirujuk – Dr Dzulkefly

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membayar kepada Institut Jantung Negara (IJN) untuk setiap pesakit yang dirujuk ke lJN, menggunakan pembiayaan tahunan Persekutuan yang diterima daripada Kementerian Kewangan (MOF).

Oleh itu, untuk memastikan lebih ramai pesakit boleh dirujuk ke lJN, pesakit dibenarkan discaj apabila keadaan mereka stabil ke Pusat-Pusat Jantung KKM yang lain, jelas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan bahawa IJN telah discaj keluar semua penjawat awam dan pesara sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kos.

“IJN dan KKM telah pun mempunyai hubungan kerja yang baik, walaupun selepas pengkorporatan IJN.

“Sejak sekian lama, KKM telah merujuk kes-kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN dan terutamanya untuk mengurangkan ‘kesesakan dan masa menunggu yang lama’ Pusat Jantung KKM (contoh Pusat Jantung Serdang).

“Kami mempunyai 10 hospital yang mempunyai Perkhidmatan Kardiologi dan 7 termasuk mempunyai Perkhidmatan Surgeri Kardiotorasik,” katanya.

Menurut Menteri Kesihatan itu, Pusat Jantung KKM juga diuruskan oleh Pakar Kardiologi dan Pakar Bedah Kardiotorasik yang bereputasi dan bertauliah.

Paling penting, Dr Dzulkefly berkata, KKM akan terus memastikan penjagaan dan keselamatan pesakit tidak terjejas termasuk pesara-pesara kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat