Pelaburan di UK: ‘Memang cara Malaysia bantu orang yang lebih kaya daripada kita’ – Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas langkah pelaburan daripada perniagaan Malaysia dijangka mewujudkan 30,000 pekerjaan di United Kingdom (UK).

Dr Mahathir secara sinis berkata, ini memang cara Malaysia yakni kita selalu bantu orang yang lebih kaya dari kita.

“Saya alu-alukan pelaburan berbillion Ringgit supaya peluang kerja seramai 30,000 diwujud di United Kingdom (UK).

“Ini memang cara Malaysia. Kita selalu bantu orang yang lebih kaya dari kita,” tempelak beliau.

Mengambil contoh lain budaya ‘membantu’ Dr Mahathir berkata, lihat Singapura, kita jual 250,000,000 gelen air mentah dengan harga 3 sen bagi 1000 gelen supaya Singapura boleh jual air yang ditapis dengan RM36 bagi 1000 gelen.

“(Ini menjadikan) setiap tahun Singapura untung tiga billion Ringgit.

“Kita juga melabur di Amerika dengan membeli Dollar Bond. Ini samalah dengan memberi pinjaman kepada Amerika. Dengan duit itu Amerika Syarikat boleh buat senjata untuk dijual diseluruh dunia termasuk kepada Israel.

“Jika Israel tidak mampu bayar, Kerajaan Amerika Syarikat akan beli senjata dari pembuat senjata Amerika untuk dihadiah percuma kepada Israel.

“Kita bantu Amerika Syarikat sebab dia kaya. Itu dasar kita. Konon terdapat kemungkinan UK labur di Malaysia. Itu kemungkinan! Kita belum nampak pelaburan UK. Mungkin tersembunyi seperti lain kenyataan tiap kali lawatan ke luar negara.

“Kita tunggu Belgium dan E.U. (European Union). Pelaburan mungkin datang. Tetapi kita labur di Eropah dahulu supaya mungkin E.U. labur berbillion di Malaysia,” ujarnya.

Baru-baru ini Perdana Menteri UK, Keir Starmer mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan pelaburan baharu daripada perniagaan Malaysia ke UK yang akan mewujudkan 30,000 pekerjaan dan membina rumah baharu

Starmer yang memegang jawatan itu pada Julai tahun lalu, berkata usaha mengembangkan ekonomi negara adalah bahagian penting dalam rangka kerja Rancangan Perubahan kerajaannya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat