Selepas pesawah berdemo, Mat Sabu jamin akan urus tuntutan harga padi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu memberikan jaminan akan menggerakkan inisiatif untuk menguruskan tuntutan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) antara berkait harga lantai belian padi.

Mohamad berkata beliau akan mengadakan sesi libat urus dengan agensi berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Saya juga akan mengadakan libat urus berterusan dengan penanam padi,” katanya.

Terdahulu, sekumpulan pesawah berhimpun secara aman di depan Wisma Tani bagi menuntut harga lantai belian padi dinaikkan kepada RM1,800 per tan metrik berbanding RM1,300 kini.

Mereka berkumpul seawal 8 pagi di hadapan ibu pejabat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan membawa sepanduk sambil melaungkan ‘hidup pesawah, naikkan harga padi’.

Sepuluh daripada wakilnya ke bangunan Perdana Putra untuk menyerahkan memorandum ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang sepatutnya menjadi lokasi asal perhimpunan terbabit, lapor FMT di Putrajaya pada Isnin.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per tan daripada RM1,200.

Sementara itu, Pengerusi Pesawah Abdul Rashid Yob mendakwa, PMO berjanji untuk campur tangan bagi menyelesaikan tuntutan terbabit yang dinyatakan Chan Ming Kai, setiausaha politik perdana menteri semasa penyerahan memorandum.

“Wakil PM kata mereka bersetuju dengan dua tuntutan kita dan akan adakan satu perbincangan.

“Kata putus akan diberikan secepat mungkin,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat