Selepas dikecam, Mat Sabu padam status desak Muhyiddin letak jawatan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dikecam hebat kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan secara terhormat.

Menurutnya, ahli-ahli Parlimen daripada pelbagai parti akan mencari jalan terbaik untuk membentuk kerajaan dan menyelamatkan Malaysia serta rakyat.

“Menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang menolak pengisytiharan darurat.

“Kami meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan secara terhormat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini semalam.

Bagaimanapun kenyataan tersebut kemudiannya dihapuskan tidak lama selepas itu ekoran kecaman yang diterima.

Mohamad yang lebih sinonim dengan panggilan Mat Sabu kemudiannya mengeluarkan kenyataan lain tanpa gesaan untuk mendesak Muhyiddin meletak jawatan.

“Parti Amanah Negara (AMANAH) menjunjung kasih di atas keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Majlis Raja Raja Melayu yang menolak permohonan Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar darurat di istiharkan di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

“Parti AMANAH meyakini bahawa keputusan ini telah dibuat dengan penuh hemah dan kebijaksanaan dengan mengambilkira kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya dan kelangsungan kemakmuran negara.

“Parti AMANAH mengambil menjunjung kasih titah Baginda dan akan menyokong segala usaha memerangi Covid-19 dan berjanji akan bersama sepenuhnya dalam usaha ini,” memetik kenyataan terbaharu tersebut.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini buat masa ini.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan dalam mesyuarat khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat