UMNO Tolak Muhyiddin, Tukar Slogan “Yes Anwar, No DAP, No Mahathir”?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ura-ura UMNO berpaling sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hangat diperdebatkan.

Awal hari ini, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu nada seruan UMNO bertukar yakni “Yes Anwar, No DAP, No Mahathir.

“Terkejut pagi ini, slogan baru muncul. Yes Anwar, No DAP, No Mahathir.

“Barisan Nasional (BN) akan tunggu keputusan parti,” catat Ahli Parlimen Arau itu di Facebooknya, hari ini.

Shahidan menegaskan buat masa ini, pemimpin UMNO masih berpegang kepada paksi No Anwar, No DAP dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sekarang masih pegang No Anwar, No DAP sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin…oh Malaysiaku,” ujarnya.

Terdahulu, dilaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menukar fikiran saat akhir untuk tidak menghadiri pertemuan Perdana Menteri dengan ketua-ketua parti yang menyokong PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,548FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat