PM Digesa Umum Tak Buat PRU-15 Tahun Ini – Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diseru untuk mengumumkan selewat-lewatnya hari Khamis depan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak akan diadakan pada tahun ini ketika musim tengkujuh dan banjir.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menegaskan sekiranya Ismail Sabri tidak mengumumkan ketetapan itu tiada siapa akan berminat dengan Bajet 2023 yang bakal dibentang pada 7 Oktober depan.

“Seruan kepada Ismail Sabri untuk mengumumkan selewat-lewatnya hari Khamis hadapan bahawa PRU-15 tidak akan diadakan pada tahun ini ketika musim tengkujuh dan banjir, jika tidak, tidak akan ada sesiapa pun yang berminat dengan Bejet 2023 yang bakal dibentangkan pada 7 Oktober ini.

“Sebaliknya semua tertumpu kepada persoalan bilakah Parlimen akan dibubarkan? kata Kit Siang.

Menurut Veteran DAP itu lagi sekiranya Ismail Sabri bertindak dengan tidak bertanggungjawab dengan menasihatkan pembubaran Parlimen daripada Yang di-Pertuan Agong selepas pembentangan Bajet 2023, baginda mempunyai dua sebab yang kuat untuk menolak memberi perkenan kepada permintaan ini.

“Parlimen tidak patut dijadikan bahan jenaka atau permainan politik sebaliknya perlulah diberikan ruang untuk membahas dan meluluskan Bajet 2023 selepas dibentangkan melainkan terdapatnya undian tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan tidak ada sesiapa yang dapat membentuk kerajaan

“Musim tengkujuh dan bencana banjir telah mengorbankan 54 nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda peribadi dan awam yang melibatkan sejumlah RM6.5 billion pada tahun lepas,” ujarnya.

Masanya sekarang adalah untuk semua persediaan ditumpukan kepada bencana yang mungkin berlaku apabila musim tengkujuh melanda sepenuhnya untuk memastikan korban nyawa dan kerosakan yang minima di seluruh negara, cadang Kit Siang.

“Akan menjadi satu titik hitam terhadap kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sekiranya bencana banjir yang terburuk dalam sejarah negara terjadi semasa dia menjadi Perdana Menteri, kerana perkara ini bukan sahaja akan memadamkan slogan “Keluarga Malaysia”, tetapi juga segala perkara yang telah diusahakannya selama ini.

“Inilah masanya untuk Ismail Sabri memutuskan sama ada kepentingan negara atau kepentingan “kluster mahkamah” dalam Umno yang mempunyai keutamaan yang lebih tinggi,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat