Kuala Lumpur Ibu Negara Paling Mesra Di Dunia Untuk Ekspatriat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bandar Raya Kuala Lumpur dinamakan sebagai ibu negara paling mesra di dunia untuk ekspatriat bagi tahun 2021.

Badan komuniti ekspatriat, Inter Nations meletakkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya paling mesra untuk para ekspatriat manakala Dubai di kedudukan ketiga dan Singapura di tangga kelima.

Inter Nations melaporkan Kuala Lumpur menduduki kedudukan pertama daripada 57 ibu negara lain dalam ‘Getting Settled Index’ dengan rumusan – senang tinggal di sini dan rakyatnya baik.

Kuala Lumpur mendapat keputusan cemerlang dalam Indeks Kewangan dan Perumahan.

Juga ekspatriat menyatakan pendapatan isi rumah di Kuala Lumpur cukup untuk menampung kehidupan mereka di bandar ini.

Malah katanya, ekspatriat gembira dengan waktu kerja di Kuala Lumpur berbanding negara lain.

Inter Nations merupakan platform atas talian untuk ekspatriat yang diasaskan pada 2007 yang telah dianggotai 4.6 juta anggota.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat