Ungkapan Negara China, India Cetus Kekecohan Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketika Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menggulungkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim.

Ketika Ka Siong sedang berucap, RSN Rayer bingkas bangun mempersoalkan menteri yang sering menggunakan negara China sebagai contoh dalam menguatkuasakan undang-undang pemandu mabuk.

“Kalau di China, masyarakat di sana tidak akan minum arak jika mereka ingin memandu kenderaan,” jelas Ahli Parlimen Ayer Itam itu.

Rayer bingkas bangun dengan berkata; ‘Jangan fokus kepada negara China sahaja menteri.”

Lalu Azeez bingkas mencelah dan berkata “(Negara) India, India, India.

Marah akan pencelahan itu, Rayer mengarahkan Azeez menarik balik kenyataan melibatkan negara India.

“Saya minta Ahli Parlimen Baling tarik balik perkataan India. Adakah dia mencadangkan agar India mabuk,” desak Rayer.

Perkara itu mendapat perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Rashid Hasnon yang mahu ‘pertelagahan’ itu dihentikan.

Bagaimanapun Rayer tidak berpuas hati dengan menimbulkan kenyataan menuduh Azeez sebagai pencuri.

“Orang tahu Baling pencuri. Baling pencuri,” ucap Rayer di Dewan Rakyat.

“Tarik balik YB,” jawab Azeez.

Dalam kekecohan itu, Azeez berkata kenyataan itu merujuk kepada contoh yang diberikan Ka Siong sebelum ini.

“Kenapa saya nak tarik balik (kenyataan India)? Dia (menteri) kata negara China,” kata Azeez lagi.

Tidak puas hati dengan itu, Rayer masih berkeras agar Azeez menarik balik kenyataan beliau.

“Saya minta Baling tarik balik kenyataan India mabuk. You said India. Kenapa kesimpulan India,” kata Rayer lagi.

Rashid sekali lagi masuk campur dan meminta agar Ka Siong meneruskan sesi penggulungan.

Namun Rayer sekali lagi bangun dan mendesak agar Azeez bertindak menarik balik kenyataan ‘negara India’.

“Saya minta tarik balik kenapa dia guna kesimpulan India. Kenapa guna kesimpulan begitu,” desak Rayer.

Rashid bagaimanapun memutuskan kenyataan itu merujuk kepada negara India dan China dan tidak merujuk kepada mana-mana kaum.

“China dan India kedua-dua adalah negara. Kedua-dua duduk,” katanya namun Rayer masih belum berhenti ‘bertelagah’ dengan Azeez.

Rashid kemudiannya mengabaikan gesaan Rayer dan memohon Ka Siong meneruskan sesi penggulungan RUU tersebut.

“Cukup, minta menteri teruskan,” tegas Rashid.

Sesi pindaan terhadap Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 diteruskan dengan bacaan kali ketiga. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat