PPBM Sah Diterima Sertai MN

- Advertisement -

CYBERJAYA: Mufakat Nasional (MN) secara rasmi terima penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam gabungan itu.

Setiausaha Agung Bersama MN, Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan media petang tadi menjelaskan, UMNO dan PAS komited untuk membentuk gagasan MN taktala kuasa politik orang Melayu dan umat Islam semakin lemah akibat perpecahan yang berlaku.

“Kita bersyukur MN semakin diterima rakyat pelbagai kaum dan kita memperolehi kemenangan dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil yang diadakan.

“Kemasukan PPBM memantapkan lagi MN, katanya.

Menurut Annuar Musa lagi, kemasukan PPBM kedalam MN telah dibincang dengan teliti dan mendalam yang dipengerusikan bersama Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden PAS pada 06 Ogos 2020.

Bagi UMNO, kita telah membincangkan perkembangan ini pada 23 Ogos lepas yang mana melibatkan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Pengerusi Barisan Nasional.

“UMNO telah bersetuju supaya MN menerima penyertaan PPBM dan ingin melihat penyertaan itu berlaku, ujarnya lagi.

UMNO juga berharap penyatuan dan perpaduan orang melayu bertambah mantap selaras dengan piagam MN, katanya.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat