MIC Di Beri Kata Dua, Tinggalkan BN Atau PN

- Advertisement -

Cyberjaya – Parti MIC akan diberikan pilihan, sama ada ingin kekal bersama Barisan Nasional atau bersama Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber BN, parti itu akan di minta untuk memilih sekiranya ingin kekal bersama BN, maka mereka perlu keluar sebagai jawatankuasa penaja PN.

“BN adalah sebuah gabungan politik yang berdaftar dan tindakan MIC menyertai sebuah lagi gabungan politik yang akan di daftarkan adalah sangat tidak wajar.

“Jadi MIC akan diminta untuk memilih, sekiranya ingin terus bersama BN mereka seharusnya keluar daripada PN dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Sumber turut mendedahkan BN akan menghantar surat bagi meminta penjelasan dan pendirian parti itu.

MIC pada Rabu berkata tidak berniat menghianati rakan-rakan parti komponen dalam BN khususnya UMNO apabila mendaftar dengan PN

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, berkata sebaliknya apa yang berlaku ialah wujud kekeliruan sehingga mendorong MIC membuat keputusan itu.

“Berdasarkan gambaran awal, terdapat tanggapan bahawa UMNO dan BN akan menyertai PN selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Julai lepas.

“(Jadi) selepas kita memberi surat (sertai PN) setengah bulan baru abang kita UMNO memberitahu bahawa mereka tidak akan menyertai PN.

“Saya telah memberitahu kepada kepimpinan Barisan Nasional dan juga dalam mesyuarat Barisan Nasional yang lalu (iaitu) pada 11 Ogos apa yang telah berlaku. Mereka telah menerima alasan kita,” katanya.

SuaraTV sebelum ini melaporkan parti itu bersetuju untuk menjadi jawatan kuasa penaja bagi menubuhkan PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat