Berapa Kali Nak Hukum Menteri Untuk Kesalahan Yang Sama, Soal Asiah

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Meskipun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenakan kompaun RM1,000 kepada Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali, namun, rakyat masih tidak berpuas hati.

Pengamal undang-undang, Asiah Abdul Jalil membangkitkan persoalan berhubung doktrin against double jeopardy atau kesalahan berganda merujuk kes Khairuddin yang didapati bersalah menurut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Saya terfikir sesuatu hari ini, tetapi tak sempat nak buat kajian undang-undang sekarang. Iaitu berkenaan doctrine against double jeopardy.

“Di bawah doktrin ni, seseorang tidak boleh dihukum berulang kali untuk kesalahan yang sama,” katanya dalam satu hantaran Facebook, hari ini.

Menurut beliau, Khairuddin dipanggil untuk beri keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berhubung isu langgar kuarantin wajib.

“Mungkin bersoraklah sekalian rakyat yang nak tengok Menteri didakwa di mahkamah dan kemudian dipenjarakan.

“Masalahnya, Menteri dah dikenakan kompaun oleh KKM. Ia adalah hukuman yang sah di bawah peruntukan undang-undang dan Menteri dah bayar pun dikompaun RM1,000,” katanya.

Asiah membangkitkan persoalan sama ada doctrine against double jeopardy terpakai untuk kes Menteri tersebut.

“Berapa kali nak hukum Menteri untuk kesalahan yang sama?

“Mengambil contoh kes pemilik Nasi Kandar Salleh, dia kena empat pendakwaan sebab pergi empat tempat berbeza,” jelasnya.

Pada 22 Ogos lalu, KKM telah mengenakan kompaun RM1,000 kepada Khairuddin.

Menurut peraturan yang ditetapkan, mereka yang pulang dari luar negara perlu melakukan ujian swab dan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Sebelum ini mereka dibenarkan menjalani kuarantin di rumah. Bagaimanapun berkuatkuasa 24 Julai, semua warga yang pulang dari luar negara diwajibkan menjalaninya di pusat kuarantin kerajaan, selepas ramai yang melanggar syarat kuarantin di rumah.

Susulan itu, Khairuddin dihujani banyak kritikan terutama dengan mengambil kira orang awam yang telah dikenakan tindakan akibat melanggar SOP Covid-19. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat