Ahli Parlimen PAS Berharap Suatu Hari Nanti Industri Arak Dihapuskan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berharap agar industri arak dihapuskan dari negara ini suatu hari ini.

Beliau yang mewakili PAS itu berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

“Kita harap industri arak pada akhirnya tidak ada dalam negara kita. Ia mungkin perlu melalui proses pendidikan yang secara beransur-ansur, agar rakyat lihat arak bukan keperluan dalam hidup mereka.

“Rakyat perlu diberi kefahaman yang minuman keras bukan sebahagian daripada norma kehidupan kita,” katanya

Pindaan itu antara lain untuk meningkatkan hukuman terhadap pemandu mabuk.

Fadhli berkata, jika tiada lagi minuman beralkohol, ia akan menyelesaikan isu pemanduan mabuk tanpa perlu memperkenalkan undang-undang keras seperti dalam pindaan itu.

Berhubung langkah sementara pula, dia mencadangkan agar tempat letak kereta di sekitar bar dihadkan.

Ia bagi mengelakkan orang ramai untuk memandu ke sana, sebaliknya menggalakkan mereka menggunakan pengangkutan awam atau e-hailing.

Kementerian Pengangkutan hari ini membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 untuk bacaan kali yang kedua, yang mana tumpuan diberikan ke arah peningkatan hukuman yang lebih tegas untuk pemandu mabuk.

Menterinya Datuk Seri Wee Ka Siong ketika membacakan RUU itu berkata, isu kemalangan maut yang disebabkan oleh pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol adalah merupakan satu perkara yang amat dipandang serius oleh Kerajaan.

“Seperti umum mengetahui, kebelakangan ini, kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk semakin kerap berlaku dan dilaporkan di dalam media massa.

“Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan serius dan secara holistik, ia akan membawa kesan yang amat negatif kepada orang ramai serta pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah,” katanya lagi.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berkata isu pemandu mabuk semakin menjadi-jadi apabila 1,431 individu telah ditahan pada tahun ini kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

Lebih mengejutkan, itu hanya statistik untuk tempoh enam bulan pertama bermula Januari hingga Jun lalu.

Jumlah itu semakin membimbangkan kerana berbanding sepanjang tahun lalu, seramai 1,449 individu ditahan manakala bagi tahun 2018 melibatkan 1,589 tangkapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat