MyHSR Corp lancar tender lantik perunding

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

KUALA LUMPUR: MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) melancarkan dua tender untuk mendapatkan perkhidmatan perunding bagi membantu pengemukaan kawal selia kepada pihak berkuasa relevan berkaitan dengan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG).

Ini selaras dengan langkah kerajaan untuk menyambung semula perbincangan mengenai projek itu, seperti yang diumumkan pada Mei tahun ini.

Tender tersebut adalah bagi pelantikan Perunding Tanah Bahagian 4 (S.4) dan Perunding Penilaian Impak Alam Sekitar, Sosial dan Warisan bagi projek HSR KL-SG.

“Hasil rumusan daripada kedua-dua perunding itu akan membentuk sebahagian daripada proses kawal selia seperti yang ditetapkan oleh Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

“Buku kecil Pelan Pengambilalihan Tanah S.4 (Akta 486) serta Penilaian Impak Alam sekitar akan dipamerkan kepada orang ramai semasa proses Pemeriksaan Awam bagi Skim Kereta Api yang dirancang awal tahun depan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata syarikat itu menggalakkan firma tempatan dengan pengalaman relevan untuk menyertai tender tersebut bagi menyumbang kepakaran mereka dan membantu aktiviti pengambilalihan tanah serta penilaian alam sekitar, sosial dan warisan.

“Aktiviti ini merupakan komponen pendahuluan yang kritikal bagi projek itu dan mempunyai impak ketara kepada keseluruhan penyediaan projek HSR KL-SG,” katanya.

“Pewartaan S.4 kelebaran koridor 500 meter itu akan memudahkan kerja tambahan bagi projek tersebut seperti penyiasatan tanah dan pemetaan utiliti, yang akan membolehkan penyempurnaan lebih lanjut penjajaran HSR sebelum pengambilalihan tanah.

“Sementara itu, penilaian alam sekitar, sosial dan warisan yang dirancang, akan mengenal pasti potensi reseptor sensitif sepanjang koridor projek dan langkah-langkah mitigasi akan dicadangkan bagi meminimumkan impak alam sekitar, sosial dan warisan,” katanya.

MyHSR Corp yang merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) diperbadankan pada 2015 di bawah penyeliaan Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

Bagi maklumat lanjut, syarikat yang berminat boleh melayari laman web MyHSR Corp di http://www.myhsr.com.my/tenders/kl-sg-hsr-project.

–BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...