Saksi Pendakwa Cuti Sakit, Kes Zahid Ditangguhkan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Perbicaraan kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, ditangguhkan kerana saksi ke-90 pendakwaan tidak sihat.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan selepas dimaklumkan berhubung perkara itu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Terdahulu, Ahmad Sazilee memohon maaf kepada mahkamah selepas bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan, 42, memaklumkan mendapat cuti sakit.

“Saksi memaklumkan perkara itu menerusi Whatsapp, bagaimanapun beliau memberi aku janji untuk menyerahkan salinan sijil sakit Jumaat ini.

“Harapnya beliau dapat hadir Jumaat ini untuk meneruskan perbicaraan,” katanya.

Hari ini dijadualkan untuk pemeriksaan balas oleh peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Zahid.

Semalam, Mazlina dalam keterangannya memberitahu mahkamah penggunaan cop tandatangan untuk cek Yayasan Akalbudi bagi pembayaran kad kredit, insurans kereta dan cukai jalan kenderaan adalah atas kebenaran Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat