Sosma lulus bukti kestabilan kerajaan Ismail Sabri

- Advertisement -

Petang tadi Dewan Rakyat meluluskan usul penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA bagi mengekalkan tempoh tahanan 28 hari.

Keputusan ini bukan sahaja penting dari segi penguatkuasaan Sosma, tetapi juga sebagai bukti penting kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berada dalam keadaan stabil dan berkeupayaan menjaga kepentingan negara.

Usul ini telah gagal dalam dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini berikutan kekurangan wakil rakyat penyokong kerajaan. Hanya 84 orang dari blok kerajaan hadir berbanding 86 dari blok pembangkang.

Akibatnya ada yang mengejek kegagalan usul tersebut sebagai bukti kerajaan pimpinan Ismail Sabri sebagai rapuh dan tidak stabil dan sepatutnya Parlimen dibubarkan segera bagi mencari mandat baharu.

Namun kali ini, usul tersebut diluluskan dengan cemerlang.

Dalam undian belah bahagian tadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun mengumumkan seramai 111 ahli Parlimen bersetuju dan menyokong usul tersebut, manakala 88 ahli Parlimen tidak bersetuju dan 21 ahli Parlimen tidak hadir.

Berikutan itu, Subseksyen berkenaan akan terus berkuat kuasa selama lima tahun lagi selepas tarikh tamatnya pada 31 Julai ini.

SOSMA yang berkuat kuasa 22 Jun 2012 menyediakan langkah-langkah khas bagi menangani ancaman kedaulatan negara dan mengekalkan ketenteraman awam, selain menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Diharap kelulusan usul ini dengan majoriti besar akan menutup mulut pengkritik yang mahu mengadakan pilihan raya umum dengan segera atas alasan kerajaan rapuh dan tiada sokongan kuat.

Kejayaan meluluskan usul ini bukan sahaja signifikan kepada keselamatan negara tetapi juga memberi isyarat bahawa kepimpinan Ismail Sabri terus mengukuh di sebalik serangan dari dalam dan luar blok kerajaan.

Apa sebenanrnya mengenai pindaan tersebut?

Pindaan ini diluluskan menerusi undi belah bahagi yang diminta oleh pembangkang dengan sejumlah 111 ahli Parlimen setuju dan 88 ahli Parlimen menolak, sementara 21 ahli Parlimen tidak hadir. \

Subseksyen itu antaranya menyebut: Seorang pegawai polis yang berpangkat penguasa polis atau berpangkat lebih tinggi daripada penguasa polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari bagi maksud penyiasatan.

Ia juga bagi memberi tempoh mencukupi untuk polis melengkapkan siasatan dalam usaha menangani ancaman terhadap kedaulatan negara, keselamatan dan ketenteraman awam.

Selain itu, Subseksyen 4(3) akta sama menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas kepercayaan atau aktiviti politiknya.

Usul ini merupakan kali kedua dibentangkan di Dewan Rakyat tahun ini selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin membentangkannya buat kali pertama pada 23 Mac lalu namun ia gagal diluluskan selepas tidak mendapat jumlah undian mencukupi ketika itu.

INFO FAKTA

SOSMA digubal untuk membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan negara, apatah lagi dunia hari ini berhadapan dengan ancaman-ancaman baru yang merentas sempadan.

Apa yang dianggap ancaman di bawah SOSMA?

  • menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
  • membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
  • memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
  • mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;
  • Dan Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu dihentikan.

    10 fakta penting yang perlu anda tahu tentang SOSMA:

    1. Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana pihak yang berkenaan dengannya jika dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.

    2. Seseorang yang ditangkap hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh, mengapa dia ditangkap.

    3. Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

    4. Pihak yang ditangkap boleh ditahan selama 24 empat jam bagi tujuan penyiasatan.

    5. Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari.

    6. Peranti pengawasan elektronik boleh dipasangkan pada tertuduh yang dilepaskan.

    7. Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dipertuduh atas kesalahan keselamatan.

    8. Semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.

    9. Semasa perbicaraan, Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa Raya mengemukakan apa-apa maklumat yang dianggap sensitif dan memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara.

    10. Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen ini, hendaklah ditahan sehingga semua rayuan dibereskan.

  • -- Iklan --
    -- Iklan --

    Related Articles

    Stay Connected

    474,121FansLike
    25,100FollowersFollow
    230,282FollowersFollow
    27,197FollowersFollow
    15,189SubscribersSubscribe

    Topik Hangat