PAS tuntut Anwar buat permohonan maaf terbuka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan beliau sebelum ini yang mengaitkan Perikatan Nasional (PN) dengan sumbangan daripada dana judi dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan PAS Pusat Khairil Nizam Khirudin mendakwa kerajaan pimpinan Anwar terbukti konsisten menipu.

“Kami menggesa Perdana Menteri memohon maaf secara terbuka ke atas fitnah dan penipuan yang dilemparkan kepada PN itu,” desak beliau dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut itu, jawapan yang telah diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said
dalam soalan bertulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengenai dakwaan parti dalam PN menerima dana judi semasa kempen pilihan raya lalu bukti jelas kerajaan PH-BN pimpinan Anwar menipu.

“Dalam jawapan tersebut, Azalina menjelaskan bahawa selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan dan mendapati tuduhan terlalu umum dan tiada pihak dapat mengesahkan dakwaan itu.

“Lontaran tuduhan itu asalnya dibuat Perdana Menteri selepas beberapa minggu menerajui kerajaan, melengkapkan lagi bukti pembohongan Anwar,” bidasnya.

Semalam, Azalina menegaskan, SPRM telah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat tersebut.

“Walau bagaimanapun, SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka atas isu ini,” kata Azalina dalam jawapan bertulis pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanya status siasatan terhadap dakwaan bahawa parti-parti di dalam PN mendapat sumbangan daripda dana judi dalam kempen PRU15 lepas.

Pada Disember 2022, beberapa media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Anwar mendakwa Kementerian Kewangan juga mendapati “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Dalam laporan itu, Anwar dipetik sebagai berkata, dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat