Jurulatih futsal cabul remaja perempuan ditahan

SUBANG JAYA: Seorang jurulatih futsal ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta di Puchong, di sini pada 3 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata lelaki berusia 33 tahun itu telah ditahan pada jam 9.30 malam pada Sabtu.

“Kita turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Aruz milik suspek bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Abd Khalid berkata, dalam kejadian pada jam 10 malam itu, mangsa telah mengikut suspek membeli ubat di kedai farmasi di sebuah stesen minyak di Puchong, setelah selesai latihan futsal.

“Semasa berada di dalam kereta di hadapan kedai farmasi itu, mangsa telah meminta suspek untuk membantu mengurut bahunya kerana sakit bermain futsal.

“Ketika suspek mengurut bahu mangsa, tiba-tiba tangannya telah turun ke paha mangsa, sebelum menyeluk seluar mangsa,” katanya.
Beliau berkata, mangsa telah menolak dan menepis tangan suspek beberapa kali.

“Suspek menyatakan hanya sekejap sahaja dan cuma mereka berdua yang tahu apa yang berlaku.

“Suspek juga meminta mangsa untuk tidak beritahu kepada sesiapa mengenai insiden itu, mangsa hanya mendiamkan diri kerana takut,” katanya.

Menurutnya, mangsa telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis setelah kejadian itu diketahui oleh abangnya.

“Suspek telah direman selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

ASTRO AWANI

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...