Azlan Man ditolak UMNO Arau, tetap mahukan Shahidan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Arau menolak pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi UMNO Perlis menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sekali gus dan mendesak presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengembalikan jawatan itu kepada Shahidan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau Salim Dahaman berkata akar umbi akan terus kekal bersama Shahidan, yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Arau, demi mengembalikan semula kekuatan UMNO Perlis.

“Shahidan layak untuk terus memimpin UMNO Perlis berdasarkan jasa beliau membantu Umno memenangi dua daripada (tiga) kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sehingga terbentuknya kerajaan Barisan Nasional di Perlis,” katanya.

Pada Sabtu, Zahid menerusi sebuah kenyataan memaklumkan Azlan yang merupakan Menteri Besar Perlis dilantik sebagai pengerusi badan perhubungan UMNO Perlis yang baharu menggantikan Shahidan.

Bagaimanapun, Pemuda UMNO Arau pula menyambut baik pelantikan Azlan menerajui UMNO negeri, dan berharap ia dapat membuka lembaran baru dalam politik negeri Perlis.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar dalam kenyataan semalam berkata pelantikan itu diharap memantapkan penyelarasan gerak kerja politik dan pentadbiran kerajaan BN Perlis yang sekian lama berada dalam dilema disebabkan wujudnya ‘dua nakhoda yang mengemudi sebuah kapal’. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat