Buka parlimen untuk rancakkan semula ekonomi – Shahril Hamdan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: UMNO percaya selagi sistem demokrasi berparlimen tergendala, ekonomi tidak akan dapat dirancakkan.

Ketua Penerangannya Shahril Hamdan berkata ini kerana pelabur akan menjauhi dan ekonomi akan hambar akibat pembuatan dasar negara tidak terurus seperti sedia kala.

“Antara keputusan utama mesyuarat, sepertimana terkandung dalam kenyataan rasmi, menggesa agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuka terlebih dahulu supaya demokrasi boleh dikembalikan ke tempat asalnya.

“UMNO percaya selagi demokrasi berparlimen tergendala, selagi prinsip akauntabiliti dikesampingkan, selagi itulah pelabur menjauhi, selagi itulah ekonomi hambar, akibat pembuatan dasar negara tidak terurus seperti sediakala.

“Jangankan soal membuktikan keabsahan majoriti Kerajaan Perikatan Nasional, sedangkan bersidang pun tidak. Jangankan hendak melulus perbelanjaan, sedangkan bersidang pun tidak.

“Jika ada hujah mahu mengadakan pilihanraya kelak sebagai jalan keluar dari kemelut politik, itupun tidak mampu berlaku selagi Parlimen tak bersidang dan darurat terpakai,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Shahril berkata sebarang ketetapan berkenaan kelangsungan pembabitan UMNO dalam Kerajaan PN pula akan diputuskan atas semangat musyawarah.

“Apabila keputusan itu diambil, MKT yakin bahawa semua ahli parti termasuk yang menjadi anggota kerajaan hari ini akan mematuhinya, sekali gus mempamerkan kesatuan tindakan dalam parti.

“Dalam hal pemilihan parti, sekali lagi UMNO mengambil pendekatan komprehensif dan berhikmah yang memeriksa segala sudut sebelum menetapkan sebarang tarikh.

“MKT memutuskan untuk mendapat panduan dari pihak berwajib berkenaan kaedah terbaik, mengambil kira kekangan SOP COVID-19,” ujarnya.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat