BANGKOK – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Thailand Prayut mengenai keperluan untuk membenarkan semula aktiviti rentas sempadan di antara kedua-dua negara.

Ismail Sabri berkata, kedua belah pihak bersetuju agar 7 perbincangan di peringkat agensi dapat digiatkan bagi membuka semula sempadan dalam masa terdekat melalui skim VTL bagi Malaysia atau Test & Go bagi Thailand.

“Sebagai permulaan, kita boleh melaksanakan VTL-Udara di antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi.

“Kita juga akan mempertimbangkan untuk menambah destinasi-destinasi yang lain di masa akan datang,” katanya semasa lawatan rasmi tiga hari ke Thailand.

Menurutnya, skim VTL juga akan diperkembangkan untuk pembukaan 9 sempadan darat 8 melalui Bukit Kayu Hitam-Sadao serta termasuk semua CIQ di utara semenanjung dan Selatan Thailand, dan VTL-Laut di antara Langkawi-Satun.

“Ini sudah tentu akan dapat membantu untuk memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua pihak terutamanya untuk sektor pelancongan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kedua-dua negara juga telah bersetuju untuk mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 masing-masing.

Selain itu katanya lagi, Malaysia dan Thailand akan meneroka peluang kerjasama dalam kajian serta penyelidikan vaksin COVID-19 dan juga vaksin-vaksin lain.

“Kita juga akan susuli dengan pengiktirafan sijil vaksin digital dan integrasi dua aplikasi MySejahtera Malaysia dan MorProm Thailand bagi memudahkan perjalanan rentas 10 sempadan antara kedua-dua negara.

“Memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah melancarkan Pelan Hala Tuju 11 Pembangunan Vaksin Negara dan openjenamaan semula Institut Genom dan Vaksin Malaysia (IGVM) pada 1 November 2021.

“Kedua-dua inisiatif ini bertujuan untuk memantapkan ekosistem pembangunan vaksin untuk memastikan Malaysia bersedia menghadapi sebarang ancaman pandemik pada masa hadapan,”katanya.

Foto; Borneo Post Online