‘Anti vaksin boleh ‘unfollow’ – Uyaina Arshad

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, 30, memohon golongan anti vaksin yang tidak bersetuju dengan pendapat peribadinya mengenai pengambil vaksin supaya tidak mengikuti (unfollow) dan menyekat akaun media sosialnya.

Uyaina berkata, dia perlu bersuara berhubung perkara itu kerana komen diterimanya sudah bersifat serangan peribadi yang keterlaluan.

“Saya kerap abaikan banyak komen negatif dalam hidup saya. Hal itu satu kebahagiaan. Apabila ia sekadar serangan peribadi terhadap saya, tak apa saya boleh abaikan tapi tidak kali ini.

“Kalau apa yang saya tulis menyinggung anda, tak sehaluan dengan pemikiran anda, anda tak suka, anda nak menang, nak paksa ikut pendapat anda, ‘unfollow’ dan ‘block’ saya. Terima kasih,” katanya.

Pelakon drama Love Elsa itu terkilan dirinya pula disalahkan kerana menegaskan kepentingan pengambilan vaksin selepas memaklumkan dia positif Covid-19, semalam.

“Saya dan suami masih lagi dalam fasa pemulihan, ramai lagi ahli keluarga yang dijangkiti. Berapa ramai lagi yang sedang bertarung dengan Covid-19?

“Berapa ramai yang kehilangan insan tersayang sebab Covid-19? Jangankan doa untuk cepat sembuh, salahkan kita pula sebab ambil vaksin? Kamu biar betul?” katanya.

Uyaina turut menyarankan golongan yang bercanggah pendapat dengannya supaya tidak terlalu angkuh dan berlagak mengutarakan ilmu mengenai vaksin jika bukan pakar.

“Anda tak nak vaksin, terpulang. Tapi jangan berlagak dan berlagak Tuhan. Ilmu pun tak setara mana, jangan nak mendabik dada.

“Islam ajar kita untuk cari ikhtiar dalam apa-apa hal sekalipun. Pakar dalam setiap bidang belajar bertahun-tahun lamanya mengkaji dan menyelidik,” katanya.

Semalam, Uyaina memaklumkan dia dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19 selain mengalami tekanan darah rendah, sejak Selasa lalu.

Suaminya yang juga penyanyi Raja Syahiran, 29, turut dijangkiti virus itu tetapi cuma menjalani kuarantin di rumah.

Menerusi kenyataannya, kesakitan dialaminya menyebabkan dia perlu merangkak pergi tandas, badan terasa seperti dipukul, tekak rasa ‘dilenyek’, sukar bernafas dan demam menggigil.

Uyaina berkata, dia tidak dapat membayangkan keadaan orang yang tak ambil vaksin langsung dan anti vaksin serta bagaimana bermasalah tubuh badan mereka.

Susulan itu, dia menerima banyak komen yang menyelar kenyataannya itu. Dia turut berkongsi beberapa komen yang tidak senang dengan perkongsian pendapatnya mengenai vaksin itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat