Integriti, Bebas Rasuah Tawaran Utama Calon PN

- Advertisement -

MUAR – Mengakui tidak gentar dengan saingan enam penjuru, calon Perikatan Nasional (PN) di N.15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Abdul Aziz Abdul Talib yakin tawaran integriti dan kepimpinan bebas rasuah akan memenangkan dirinya di situ.

Beliau bahkan optimis jentera PN sudah bersedia untuk ‘perang’ di Johor terutamanya dengan Barisan Nasional (BN).

“Secara demokrasi biasalah enam atau tiga penjuru ini amalan demokrasi, kita telah pun bersedia sama ada enam calon berapa pun kita telah pun bersedia dengan jentera kita untuk menghadapi PRN kali ini.

“PN bersama Bersatu, PAS dan Gerakan…sekiranya pengundi-pengundi ini mempunyai ilmu yang bijak ataupun pemikiran untuk masa depan negeri Johor kita mempunyai motto dalam PN iaitu integriti, tidak ada rasuah serta kepimpinan yang baik.

“Saya harap rakyat dapat menilai untuk membawa negeri Johor ini ke arah negara yang lebih maju dan mempunyai integriti supaya rakyat dapat dipimpin dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.

Abdul Aziz yang juga bekas guru besar mengharapkan rakyat kali ini boleh berubah dan menilai semua parti.

“Mereka mesti fikir ke mana nak di bawa negeri Johor ini.

“Johor ini merupakan ada identiti sendiri Bangsa Johor ‘yang mahal itu’ kerajaan yang dipimpin juga berwibawa dan berintegriti,” ujarnya.

Kata beliau, kelebihan dan keupayaan yang dimilikinya tidak kurang sedikit pun dengan calon BN.

“Sama saja dari segi keupayaan… masing-masing ada keupayaan. BN ada keupayaan saya ada keupayaan saya sendiri.

“Selaku seorang bekas guru besar saya diamanahkan parti untuk jadi calon di sini.

“Dulu saya bertanding di peringkat Parlimen… suasana cukup getir, ketidakseimbangan waktu itu, saya kalah, PH menang dan kali ini kita masuk lagi atas amanah yang diberikan pimpinan di N.15 Maharani,” kata Abdul Aziz.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat