Harga minyak dunia meningkat empat bulan berturut-turut

- Advertisement -

SINGAPURA: Harga minyak menuju kepada kenaikan bulanan keempat ketika pasaran global sedang mengurangkan pengeluaran.

Ia ketika pelabur menunggu mesyuarat OPEC+ minggu hadapan, untuk memerhatikan sebarang perubahan kepada strategi pengeluaran susulan lonjakan harganya.

Walaupun harga minyak susut berikutan jualan besar-besaran pasaran meluas hari ini, niaga hadapan di New York masih lagi meningkat 21 peratus bulan ini.

Pemulihan daripada pandemik COVID-19 bergerak pantas tahun ini selepas Arab Saudi berikrar untuk melaksanakan pemotongan output yang lebih besar, sekali gus membantu untuk mengurangkan simpanan yang berlebihan sebelum ini.

Petunjuk awal terarah kepada perbezaan pandangan kaedah menuju ke hadapan bagi OPEC+, dengan Arab Saudi memihak untuk mengekalkan paras bekalan manakala Russia pula lebih cenderung untuk menambahnya.

Kumpulan pengeluar itu akan bermesyuarat di tengah-tengah persekitaran tinjauan pasaran yang menggalakkan, dengan peniaga dan bank pelaburan pada minggu ini membuat saranan bulis dan semakan semula kenaikan harga.

Penanda aras minyak global Brent meningkat hampir 30 peratus tahun ini, permulaan tahunan terbaik dalam sejarah.

Cuaca sejuk yang menghentikan output jutaan tong minyak Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menyempitkan lagi pasaran dan bekalan yang terhad akan bertambah dalam beberapa bulan akan datang ketika lapangan minyak North Sea menjalani kerja penyenggaraan utama.

Goldman Sachs Group Inc mengunjurkan Brent akan meningkat kepada AS$70 dalam dua suku akan datang.

“Halaju permintaan yang meningkat untuk enam bulan akan datang akan mencetuskan harga lebih tinggi, sehingga AS$70 atau AS$80 satu tong,” kata Naib Presiden Perunding Tenaga IHS Markit di Singapura, Victor Shum.

“Bekalan minyak dunia tidak dapat menampung peningkatan permintaan melainkan Arab Saudi memilih untuk menambah pengeluaran.”

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat