Dua ahli perniagaan didakwa buat tuntutan palsu

- Advertisement -

KUANTAN – Dua ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, atas tuduhan membuat dua tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM43,600, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Arabath Ali Arul Alavudeen, 36, dan Mohmmed Ismail R. P. Mohd Ibrahim,62, membuat pengakuan itu dihadapan hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Mengikut pertuduhan, mereka membuat tuntutan secara atas talian bagi mendapatkan insentif pengambilan pekerja melalui Program Penjana 1.0 dilaksanakan kerajaan melalui PERKESO pada 5 dan 6 Oktober 2020.

Dalam pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengemukakan permohonan dengan butiran palsu mengandungi 17 senarai nama pekerja syarikat Is Catering Sdn Bhd bagi mendapatkan insentif berjumlah RM27,200 sedangkan individu terbabit tidak pernah memohon kerja di syarikat itu.

Tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan sama apabila sekali lagi memberikan 10 senarai nama dengan niat mendapatkan insentif berjumlah RM16,400.

Kedua mereka dituduh mengikut Seksyen 24(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak lebih lima kali ganda nilai tuntutan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif memohon kedua tertuduh diikat jamin RM20,000 setiap seorang masing-masing dengan seorang penjamin selain syarat tambahan menyerahkan passport kepada mahkamah.

Peguam bela Arabath Ali, Venugopal Narasiman dalam rayuannya meminta mahkamah menetapkan ikat jamin paling rendah berikutan anak guamnya mempunyai empat orang anak.

Sementara peguam bela Mohmmed Ismail, R Maran pula menyatakan anak guamnya mempunyai lima tanggungan termasuk ibunya yang uzur dengan pendapatan hanya RM3,000 sebulan.

Hakim kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM18,000 setiap seorang bagi kedua pertuduhan berkenaan selain syarat tambahan menyerahkan passport kepada mahkamah serta menetapkan sebutan semula kes pada 27 Februari depan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat