Cabaran baru larian denai

- Advertisement -

Nakawan Ultra yang berlangsung pada 9 dan 10 Disember lalu, adalah acara penutup bagi penulis mengikuti perlumbaan larian denai ultra 2022.

Ia menawarkan tiga kategori larian denai iaitu 10 kilometer (km), 25km dan 50km selain berjaya menarik 1,008 penyertaan dari Malaysia dan peserta dari enam negara asing iaitu Singapura, Thailand, Poland, Itali, Filipina dan Afrika Selatan.

Ternyata acara larian denai ultra pertama di Perlis itu bukan sesuatu perkara yang mudah untuk ditamatkan kerana laluan dihidangkan cukup mencabar, apatah lagi berada ‘diibu’ lokasi perlumbaan iaitu Banjaran Nakawan.

Banjaran Nakawan adalah banjaran batu kapur terpanjang di Malaysia yang menjadi sempadan antara Malaysia-Thailand sejauh kira-kira 36 kilometer.

Penulis yang menyertai larian dalam kategori 50km lelaki terbuka memulakan perlumbaan pada seawal jam 4.30 pagi bertempat di Bukit Ayer Resort, Kompleks Eko Pelancongan di Kangar.

Bagi kategori 50km, syarat menetapkan peserta perlu menamatkan dalam tempoh 14 jam dan terdapat sub masa penamat (COT) yang ditetapkan sebelum peserta layak meneruskan ke kilometer selanjutnya.

Pada awal larian sehingga kilometer 38, peserta perlu melalui laluan larian yang mempunyai bentuk muka bumi mendatar yang kebanyakannya ‘tarmec.’

Sepanjang laluan 38km pertama itu, peserta dapat menikmati pelbagai panorama yang menarik dan laluan kampung terutamanya sawah padi tatkala matahari terbit.

 

Peserta bersemangat memulakan larian.
Peserta bersemangat memulakan larian.

 

Selepas kilometer ke 36 yang mana terdapat titik pemeriksaan (‘check point’) dan COT, peserta meneruskan larian memasuki Banjaran Nakawan sejauh 18km sebelum dapat menamatkan perlumbaan.

Seperti yang dinyatakan di awal tadi, cabaran utama larian adalah di dalam banjaran itu sendiri kerana bentuk muka bumi basah, berlumpur, berbatu tajam dan laluan mencanak setinggi 690 meter.

Ia lebih mencabar apabila terdapat laluan larian yang perlu merentasi batu besar menggunakan tali yang sememangnya memerlukan ketahanan mental dan fizikal sebenar ketika perlumbaan.

Pengarah Acara, Ku Hasrin Ku Abdul Rahman berkata, sememangnya Nakawan Ultra adalah acara larian ultra denai yang ingin memberi kelainan kepada peminat aktiviti larian itu.

Katanya, Nakawan Ultra diadakan bagi memulihkan dan membangunkan kembali industri sukan pelancongan khususnya di Perlis yang memberi kesan kepada pelancongan negeri.

“Acara ini memberi kesan yang baik kepada industri pelancongan negeri khasnya di Perlis kerana ia sebagai langkah untuk mempromosikan tahun melawat Perlis pada 2024.

 

Aksi peserta ketika perlumbaan yang melalui Banjaran Nakawan.
Aksi peserta ketika perlumbaan yang melalui Banjaran Nakawan.

 

“Dalam acara Nakawan Ultra ini, peserta yang datang dari pelbagai negeri dan juga dari luar negara dapat melihat sendiri keunikan dan keindahan Perlis yang tersendiri khususnya Kawasan Eko Pelancongan Sungai Batu Pahat kepada orang awam seperti Taman Rimba Herba, Taman Ular & Reptilia, Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Taman Buah-Buahan Eksotik, Kompleks Basikal Lasak dan Kelab Golf Putra,” katanya.

Bercerita mengenai larian itu lagi, Ku Hasrin berkata, peserta untuk kategori 50km paling pantas berjaya menamatkan larian dalam tempoh masa tujuh jam 30 minit.

“Kita ingin memberi kelainan kepada peserta lain denai tempatan dan asing untuk mencabar diri dalam Nakawan Ultra yang sudah semestinya mempunyai cabaran tersendiri.

“Dari segi keunikan pastinya di Banjaran Nakawan itu sendiri kerana banjaran itu amat jarang diterokai yang sudah pasti memberi cabaran ketika perlumbaan larian denai,” katanya.

 

Kepuasan sang juara dalam Nakawan Ultra.
Kepuasan sang juara dalam Nakawan Ultra.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat