Darurat Tidak Perlu Dilanjutkan Selepas 1 Ogos – PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih di atas titah pandangan DYMM Raja-Raja Melayu berkaitan isu Darurat seperti yang terkandung di dalam kenyataan media Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 16 Jun lalu, iaitu “tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021”.

Demikian kenyataan media oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan yang ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Pakatan Harapan mengekalkan pendirian yang telah diumum sebelum ini, iaitu Darurat yang diisytihar pada 11 Januari lalu tidak memberi kesan kepada usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dan perlu ditamat segera.

“Malah berdasarkan bukti sains dan data, keadaan pandemik semakin meruncing dan bertambah teruk sejak Darurat diisytihar dengan jumlah kes positif dan kematian harian yang kekal tinggi.

“Jawatankuasa Khas Bebas Darurat akan mengadakan mesyuarat terakhir pada Julai ini.

Dalam mesyuarat tersebut, wakil Pakatan Harapan akan menegaskan bahawa jawatankuasa perlu menjunjung titah pandangan DYMM Raja-Raja Melayu berhubung isu Darurat, menerima bukti sains dan data bahawa Darurat tidak memberi kesan kepada usaha pengawalan pandemik COVID-19, dan menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk tidak melanjutkan Darurat selepas 1 Ogos 2021,” kata kenyataan itu hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat