Parlimen hibrid bersidang selewat-lewatnya minggu pertama September

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hari ini Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim mengeluarkan kenyataan bersama sebagai gambaran lebih jelas berhubung tarikh pembukaan Parlimen.

Berdasarkan jangkaan kedua-dua mereka, tarikh pembukaan Parlimen itu tidak banyak bezanya dengan apa yang dibayangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Menurut kenyataan Azhar dan Rais, mereka menjangkakan sidang Parlimen secara hibrid boleh diadakan pada akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September nanti.

Kata mereka, sebelum sidang secara hibrid diadakan, suatu sidang khas perlu diadakan terlebih dahulu pada awal Ogos ini bagi memperincikan hal resolusi berkaitan sidang Parlimen hibrid.

Kata mereka ia termasuklah beberapa pindaan ke atas peraturan mesyuarat, takrif persidangan maya, penyelarasan tanggungjawab ahli parlimen serta hal-hal teknikal berkaitan.

Sidang itu dilakukan bagi membolehkan ahli-ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perincian berkenaan.

“Mengambil kira perkara-perkara ini dan tertakluk kepada keperluan di atas, dijangka persidangan Parlimen secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos atau pun selewat-lewatnya minggu pertama September 2021,” kata mereka.

Pada 16 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

Titah baginda ini bagi membolehkan pelan pemulihan negara yang dibentang kerajaan semalam dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahasakan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Susulan ketetapan Istana Negara itu, kerajaan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya susulan titah pandangan yang dikemukan Yang di-Pertuan Agong.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan juga telah mengambil maklum berhubung pandangan yang dikemukakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat