RM10,000 bantuan awal kepada setiap keluarga nahas helikopter – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Kerajaan salur bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga nahas helikopter di Lumut, semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya juga menubuhkan tabung khas bagi memudah orang ramai untuk turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa.

“Segala kos perjalanan terakhir yang meliputi penerbangan ihsan dan pengurusan jenazah ditanggung sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini merakamkan ucapan takziah kepada waris-waris pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas tragedi berkenaan, kerajaan turut menzahirkan rasa simpati atas kehilangan 10 wira-wira negara yang mencurah bakti sehingga ke akhir hayat mereka,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, Lembaga Siasatan (Board of Inquiry) yang ditubuhkan diarah untuk menyerahkan laporan awal dalam tempoh 14 hari bekerja dan laporan penuh dalam tempoh 30 hari bekerja.

Dalam kejadian 9.30 pagi kelmarin, dua helikopter yang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sempena Hari Terbuka Armada di Pangkalan TLDM Lumut dilaporkan bertembung dan terhempas sekali gus mengorbankan 10 anggota dan pegawai.

Proses bedah siasat ke atas 10 mangsa insiden helikopter terhempas yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak dilaporkan selesai pada jam 2.20 petang tadi.

Jenazah mangsa beragama Islam dibawa ke Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan mengikut permintaan keluarga masing-masing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat