836 kilometer jalan raya Sabah kategori rosak teruk, sangat kritikal perlukan RM1.8 bilion kos baiki- Shahelmey

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerja membaiki dan menyelenggara kerosakan jalan raya di Sabah memerlukan peruntukan yang besar hingga mencecah RM1.8 bilion.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata ia berikutan jalan yang dikategorikan rosak teruk ialah 710 kilometer, manakala 126 kilometer lagi dikategorikan sangat kritikal.

Data mengenai tahap kerosakan jalan raya di Sabah itu adalah berdasarkan keadaan semasa pada tahun lalu.

“Ini memakan belanja dianggar sekitar RM1.8 billion. Dengan caruman dan geran yang ada hampir RM1 bilion, kita mempunyai defisit dalam mengatasi atau melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan,” katanya dalam ucapan penggulungan Kementerian Kerja Raya Sabah pada Persidangan DUN Sabah, semalam, lapor BH di Kota Kinabalu.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya negeri, berkata peruntukan pembaikan dan penyelenggaraan jalan raya disalurkan kerajaan persekutuan di Sabah hanya RM625 juta, manakala RM350 caruman daripada kerajaan negeri.

Peruntukan yang diperoleh pada tahun lalu itu katanya adalah untuk pembaikan dan penyelenggaraan jalan negeri, jalan luar bandar, naik taraf jalan SRT (Jenis Permukaan Jalan) 2 dan SRT 3 ke SRT 1, jalan Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah serta Jalan Pertanian.

Sementara itu, mengenai usaha mempercepatkan kerja pembinaan dan penyiapan projek Lebuhraya Pan Borneo, khususnya pakej kerja satu (WP01) dan dua (WP02) di antara Sindumin dan Beaufort, Shahelmey berkata akan mengambil beberapa tindakan.

Katanya, antara langkah yang diambil ialah kementerian akan memastikan pemantauan yang berkesan dan teliti terhadap setiap pakej kerja, termasuk pemantauan terhadap kemajuan, spesifikasi dan penyelesaian isu tapak dengan segera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat