Usaha Kawal Inflasi Perlu Kerjasama Semua Pihak – Rafizi

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Semua komponen utama Indeks Harga Pengguna (IHP) menyederhana kecuali komponen restoran dan hotel serta perumahan, air, elektrik gas dan bahan api lain, jelas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Menurutnya peningkatan harga makanan dan minuman terutamanya di restoran dan hotel adalah penyumbang utama kepada kadar inflasi yang mencatat 3.8 peratus sehingga Disember 2022.

“Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan kadar inflasi pada Disember 2022 mereda kepada 3.8% berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Jadi ini sebahagian dari proses yang perlu dilalui oleh kerajaan, orang ramai dan negara iaitu kita kena membiasakan pencerahan yang tepat mengenai keadaan semasa kalau tidak kita berada dalam suasana kita bergantung kepada sentimen, persepsi dan juga perkara lain.

“Bagi keseluruhan tahun 2022, inflasi Malaysia adalah 3.3% seperti yang diunjurkan oleh Kementerian Kewangan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2023,” katanya pada sidang media di Menara Prisma hari ini.

Jelasnya usaha mengawal inflasi memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, peniaga dan juga rakyat.

Rafizi turut menyebut kadar inflasi bagi tahun 2022 iaitu pada bulan Julai adalah sebanyak 4.4 peratus, Ogos 4.7 peratus, September 4.5 peratus, Oktober 4.0 peratus, November 4.0 peratus dan Disember sebanyak 3.8 peratus.

“Perbandingan bulan ke bulan pula menunjukkan inflasi bagi bulan Disember 2022 mencatatkan peningkatan 0.2%, ianya lebih rendah berbanding 0.3% pada November 2022.

“Sepertimana yang disebutkan sebelum ini, kerajaan ingin mengingatkan bahawa pengguna boleh memainkan peranan dalam bersama-sama menyuntik keanjalan di antara permintaan dan bekalan demi mengawal inflasi,”katanya.

Selain itu Rafizi berkata, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 12 January 2023 telah melancarkan OpenDOSM NextGen iaitu platform data yang berkaitan dengan statistik rasmi yang diterbitkan oleh DOSM dan agensi kerajaan lain.

“Platform ini turut mengandungi 28 juta data harga barangan di pelbagai lokasi di seluruh negara daripada aplikasi PriceCatcher yang dibangunkan oleh KPDN.

“Data PriceCatcher yang diterbitkan merupakan data terkini dengan selang waktu satu hari.

Beliau berharap penerbitan data ini dapat membantu pengguna membuat pilihan yang lebih tepat, dan seterusnya menjadikan permintaan lebih anjal di samping mengawal kenaikan harga.

Tambahnya langkah jangka panjang juga sedang diteliti bagi membolehkan jaminan bekalan makanan untuk memenuhi permintaan dan seterusnya membantu mengawal kenaikan harga.

“Pelbagai usaha lain juga telah dilaksanakan untuk mengawal harga di semua restoran dan gerai makanan di seluruh negara, namun terdapat cabaran dari sudut pelaksanaan pemantauan disebabkan kapasiti pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang terhad.

“Beberapa agensi Kerajaan termasuk Kementerian Ekonomi, KPDN, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang merangka strategi baharu sebagai quick win solution kepada isu kos sara hidup dan akan diumumkan dalam waktu terdekat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat