Ketua Pemuda Umno Pahang Dilantik Supol MB Pahang Baharu

- Advertisement -

KUANTAN – Ketua Pemuda Umno Pahang, Mohd Farid Mohd Nor dilantik sebagai setiausaha politik Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang baharu.

Dia menggantikan Datuk Tajul Razi Abdul Aziz yang kini memegang jawatan pegawai tugas-tugas khas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Pelantikan Mohd Farid diumumkan Wan Rosdy melalui hantaran di laman sosial Facebook miliknya petang tadi.

“Tahniah saya ucapkan kepada Mohd Farid Mohd Nor yang dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar Pahang pada petang ini.

“Mohd Farid Mohd Nor, anak kelahiran Kampung Kuala Telang, Lipis telah mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan saya sebelum bermulanya mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri di Wisma Sri Pahang.

“Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Pahang berpengalaman luas dalam bidang politik dan sudah pasti dapat membantu saya dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri dengan jayanya,” katanya.

Selain memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Pahang, Mohd Farid sebelum ini adalah Naib Pengerusi 1 Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP), sebuah badan bukan kerajaan yang aktif membantu kerajaan negeri ketika bencana banjir melanda Pahang.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat