PM hargai pengorbanan pasukan keselamatan bertarung nyawa selamatkan mangsa banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghargai pengorbanan pasukan keselamatan sepanjang bertugas melaksanakan operasi bantuan banjir.

Dalam hantaran di Facebooknya, Ismail Sabri berkata, petugas barisan hadapan bertarung nyawa menyelamatkan mangsa banjir sedangkan ada sebahagian daripada mereka turut kehilangan rumah, harta benda malah tidak tahu ke mana ahli keluarga mereka dipindahkan akibat bencana buruk ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

“Saya amat terharu dengan pengorbanan pasukan keselamatan kita sepanjang bertugas melaksanakan operasi bantuan banjir.

“Ketika mereka bertarung nyawa menyelamatkan mangsa, ada sebahagian anggota keselamatan turut kehilangan rumah dan harta-benda, malah tidak tahu ke mana ahli keluarga mereka dipindahkan akibat bencana.

“Mereka sanggup berkorban dan mengenepikan kepentingan diri demi keselamatan negara dan Keluarga Malaysia.

“Terima kasih frontliners, terima kasih semua!, ucap Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,613FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat