Pejabat Daerah Seremban Nafi Orang Asli Putus Bekalan Makanan

- Advertisement -

SEREMBAN – Pejabat Daerah dan Tanah Seremban (PDTS) menafi dakwaan bahawa masayarakat Kampung Orang Asli (KOA) Jeram Kedah, di Lenggeng, Seremban terputus bekalan makanan bermasak seperti dilaporkan SuaraTv semalam.

Menurut Pegawai Daerah Seremban, Mohd Nizam Tajul Arus, makanan bermasak telah dibekalkan bermula pada 19 Disember 2021 dengan menggunakan peruntukan bencana Kerajaan Negeri. Seterusnya, bekalan makanan pada 20 Disember 2021 disumbangkan oleh Pejabat Parlimen Seremban.

Menurut kenyataan media hari ini, Pejabat Daerah Seremban memaklumkan bahawa Mohd Nizam melawat KOA Jeram Kedah pada 20 Disember 2021 dan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi KOA, Encik Sam anak Chen dan beberapa orang penduduk.

“Hasil perbincangan, penduduk pada mulanya bersetuju untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Ulu Beranang bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada penduduk yang terjejas. Walaupun kemudiannya penduduk KOA Jeram Kedah enggan berpindah ke PPS tersebut, atas keprihatian Kerajaan Negeri, PDTS terus membekalkan makanan bermasak pada 21 dan 22 Disember 2021.”

Semalam SuaraTv melaporkan keluh kesah masyarakat orang Asli di Seremban yang berhadapan ketiadaan makanan bermasak berdasarkan aduan Pengerusi JKKK Kg Orang Asli Jeram Kedah, Sam anak Chen

Mohd Nizam juga menjelaskan Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan untuk membantu membaik pulih serta-merta kerosakan sambungan paip bekalan air penduduk KOA.

Menurut beliau, Kontraktor telah masuk tapak pada 22 Disember 2021 bagi menilai kerosakan sebelum memulakan kerja. Walau bagaimanapun, kerja baik pulih tertangguh kerana 2 empangan (tandak) air KOA telah pecah. Tandak terletak lebih kurang 2km dan 3km masing-masing dari KOA, dan tiada jalan masuk menggunakan kenderaan.

“Kontraktor bersama-sama Pengerusi KOA, Encik Sam telah berjalan kaki sejauh 2km ke tandak air pertama pada 23 Disember 2021 bagi menilai tahap kerosakan, dan mengenal pasti laluan masuk yang boleh dilalui jentera bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih empangan.”

Bagi bekalanan makanan, Mohd Nizam memberitahu, KOA Jeram Kedah juga menerima banyak sumbangan bekalan makanan kering (ready to eat) dan air mineral yang diletakkan di Balairaya KOA.

“Pejabat Parlimen Seremban telah membekalkan peralatan memasak baharu beserta minyak masak dan tong gas. Selain itu, tangki air juga telah dibekalkan di balairaya tersebut untuk kemudahan dan kegunaan harian penduduk termasuk bagi memudahkan penduduk memasak serta memenuhi keperluan lain. Justeru itu, bekalan makanan tidak terputus untuk penduduk KOA Jeram Kedah. Pejabat DUN Lenggeng juga telah membekalkan makan malam 23 Disember 2021.”

“Berhubung bekalan pembersihan seperti water jet, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JTPD) telah mengatur operasi pembersihan untuk membantu membersihkan rumah penduduk, namun operasi di KOA Jeram Kedah terpaksa ditangguhkan berikutan tiada bekalan air.

“Walaupun KOA Jeram Kedah adalah di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Namun, Kerajaan Negeri tetap prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan penduduk KOA Jeram Kedah dan bersedia membantu masalah orang kampung pada bila-bila masa,” tegas kenyataan media tersebut.

Mohd Nizam turut meminta orang ramai berhubung terus dengan bilik gerakan PKOB Daerah Seremban di talian 06-6011038 sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan mengenai masalah-masalah akibat dari kejadian banjir yang lepas di Daerah Seremban.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat