Jadi pembangkang lebih baik daripada melukut tepi gantang – Noh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar mengakui beliau lebih senang menjadi pembangkang berbanding melukut di tepi gantang.

Noh menegaskan prinsip perjuangangan beliau ialah parti politik berteraskan perjuangan Melayu dan Islam mesti bergabung untuk menjadi tunjang pemerintahan kerajaan bukan sebagai penumpang untuk jadi kerajaan.

“Menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Shah Alam.

“Prinsip perjuangangan saya, parti politik berteraskan perjuangan Melayu dan Islam mesti bergabung untuk menjadi tunjang pemerintahan kerajaan bukan sebagai penumpang untuk jadi kerajaan.

“Lebih baik jadi pembangkang daripada melukut di tepi gantang,” katanya di Facebook pada Jumaat.

Untuk rekod, Noh sebelum ini berjuang bersama BN lebih 30 tahun pernah melahirkan rasa kecewa dengan keputusan parti yang memilih bersama musuh ketat Umno iaitu DAP dalam kerajaan campuran di Putrajaya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat