Muhyiddin beritahu PH tidak semua orang Bersatu boleh dibeli, disogok laba

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Pakatan Harapan (PH) agar tidak terlalu yakin bahawa semua orang boleh dibeli dan disogok dengan laba.

Beliau menegaskan musuh politik tidak senang dengan kekuatan yang dimiliki Bersatu.

“Idealisme dan jalur besar perjuangan Bersatu bertunjangkan cita-cita untuk memastikan negara ini makmur, demokratik, adil dan saksama serta prihatin rakyat. Keazaman untuk meneruskan cita-cita murni rakyat, iltizam politik dan prinsip perjuangan yang teguh adalah faktor kejayaan kita melakukan perubahan besar landskap politik negara dengan lonjakan sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri yang lalu.

“Justeru, kita mesti mengambil ruang ini untuk kembali tenang dan bermuhasabah bagi merencana gerak langkah yang lebih strategik dan bersesuaian dengan tuntutan masa untuk terus memperkukuhkan tapak dukungan rakyat.

” Yang pasti, musuh politik tidak akan senang dengan kekuatan kita. Bersatu menjadi sasaran PH kerana Bersatu adalah saingan utama mereka,” katanya ketika ucapan dasar Perhimpunan Agung Bersatu pada Jumaat.

Muhyiddin juga menitipkan pesan agar ahli -ahli Bersatu supaya tidak gundah-gulana apabila diserang.

“Jangan takut dan menikus bila kita menjadi sasaran. Inilah mehnah dan tribulasi apabila kita berpegang teguh dan berakar dengan idealisme perjuangan kita.

“Jangan ingat semua orang boleh dibeli dan disogok dengan laba. Jangan goyah apabila parti kita ini diuji. Kita diuji kerana kita kuat.

“Kita diuji kerana tekad dan keteguhan kita. Kita diuji kerana keikhlasan kita memperjuangkan nasib rakyat,” tegas beliau.

Justeru seru Muhyiddin lagi, “jangan goyah dengan ujian kerana saat itulah martabat dan harakat kita sedang diangkat untuk kemenangan yang lebih besar pada masa hadapan”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat