Majlis Kahwin Di Melaka Boleh, Majlis Sosial Berkaitan PRN Dilarang – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, majlis sosial seperti perkahwinan di negeri Melaka dibenarkan diadakan mengikut garis panduan SOP yang telah ditetapkan.

Tegas beliau, sebarang aktiviti, perhimpunan, majlis sosial yang berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah dilarang sama sekali bermula 25 Oktober sehingga 27 November 2021.

Hishammuddin menjawab ciapan pengguna Twitter yang menggunakan nama NANNO yang mempertikaikan larangan majlis sosial di negeri Melaka berkuatkuasa esok.

“Eh hello berapa kali ek nak kena tangguh wedding??! Waknat punya PRN sehingga menyusahkan orang,” tulis pengguna Twitter tersebut.

Bagi membalas ciapan Twitter yang keliru dengan larangan majlis sosial yang berkaitan PRN Melaka, Hishammudin membalas “seperti yang dinyatakan dalam kenyataan larangan ini hanya untuk aktiviti, perhimpunan, majlis sosial yang BERKAITAN dengan Pilihan Raya.

“Saya pasti Majlis Perkahwinan saudari tiada berkaitan Pilihan Raya. Jika saudari dalam negeri Fasa 4, sila ikut SOP yang tertera, selamat pengantin baru.” jelas Hishammuddin.

Terdahulu, sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan larangan ini akan bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021 bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID- 19 dan peningkatan kes mendadak.

“Larangan ini juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara SOP Fasa 4 yang terkini iaitu: “Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.”

“Sebarang pelanggaran kepada peruntukan ini, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” kata Khairy dalam kenyataan pada Ahad. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat