Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah laman sesawang yang melaporkan beliau antara 19 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Ahli Parlimen Pekan itu turut memuat naik tangkap layar laporan berkenaan yang memaparkan senarai menteri Kabinet di bawah pentadbiran Anwar.

Berdasarkan senarai tersebut, beliau berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan masing-masing sebagai Menteri Kewangan I dan II.

“Laman web yang melaporkan saya antara 19 ahli Parlimen UMNO menyokong Anwar jadi Perdana Menteri juga senaraikan saya sebagai Menteri jaga ekonomi (Menteri Hal Ehwal Ekonomi).

“Individu yang pernah difitnah ada ijazah (Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar) juga dilantik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

“Nak tanya, saya report (lapor) kepada bos saya Menteri Kewangan Guan Eng, tak?” tulis Najib secara sinis dalam Facebook berkenaan.

Pada ruangan komen dalam nada sama, Najib turut meminta sekiranya boleh Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad atau dipanggilnya sebagai ‘Lid’ dilantik sebagai timbalan beliau iaitu Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi kerana pemimpin itu sangat memahami hal berkaitan Bitcoin. – Sinar

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

DAP usul kerajaan gagal, serah kebijaksanaan Agong menilai

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan usul kerajaan gagal menangani Covid-19 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Berita Berkaitan

Peningkatan Kes Covid-19 Kluster Tempat Kerja Membimbangkan – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,328 kluster tempat kerja dilaporkan sehingga hari ini membabitkan 624,246 individu disaring dengan 147,040 kes dikesan positif Covid-19 menjadikan kadar...

Urus wabak dulu jangan desak PRU-15, PAS senada UMNO

KUALA LUMPUR - PAS merujuk kepada kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa UMNO tidak perlu mendesak kerajaan supaya mengadakan...

Hishammuddin sebagai ‘PM in waiting’ ada hak desak Muhyiddin tamat darurat, buka Parlimen – PKR

KUALA LUMPUR - "Sebagai seorang yang cintakan negara dan percaya kepada demokrasi, saya yakin Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kononnya disebut-sebut sebagai Perdana Menteri...