Najib Nak Jentik Pemimpin UMNO Lompat Parti

- Advertisement -

PANTAI MANIS – Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau sedia menerima semula pimpinan UMNO yang melompat parti tetapi kepala mereka akan dijentik supaya menyesal atas tindakan tersebut.

Bekas Perdana Menteri itu dengan nada berseloroh berkata, ”ada orang kita (UMNO) dia lompat sana, sekarang mahu balik lagi, tak apa kita terima tapi (kita) jentik kepala dia sedikit.

“ Mereka ini tak betul, kita minta dia menyesal atas perbuatan ini,” kata Najib dalam ceramahnya di Pantai Manis, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu lagi, sekiranya ada bekas pemimpin UMNO yang membuat silap mereka harus kembali semula ke pangakal jalan.

“ Kita kalau silap kita balik semula ke pangkal jalan, tak apalah kita berjiwa besar (menerima).

“Kita hendak supaya dapat membentuk sebuah kerajaan yang dapat meneruskan agenda pembangunan untuk negeri Sabah,” ujarnya.

Najib turut berkongsi impiannya sewaktu menjadi Perdana Menteri sebelum ini iaitu ingin melihat pembangunan Sabah setaraf dengan Semenanjung.

Namun, malangnya apabila Barisan Nasional (BN) kalah, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH) membatalkan semua pelan pembangunan di negeri ini.

“Kerana dalam kepala mereka bukan mereka nak tadbir negara dan negeri, mereka cuma nak menidakkan BN, mereka nak balas dendam kepada BN, mereka nak hapuskan legasi BN.
“Kononnya apa kita buat semua tak betul, walaupun betul mereka kata tak betul.

“Mereka ini alergik dengan simbol 1 Malaysia padahal itu nombor satu lilit dengan bendera Malaysia bukan bendera BN, itu simbol perpaduan kita, kebersamaan kita mereka runtuhkan,” bidas Najib.

Beliau turut mengkritik cara pentadbiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melantik diri sendiri sebagai Menteri Kewangan negeri dan membuat lantikan secara nepotisme yakni suku-sakat Bajau Semporna.

Katanya sebagai pemimpin, Shafie sewajarnya bersikap adil dan ihsan kepada rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat