Kerana Ketagih Dadah, Anak Lelaki Tergamak Ugut Bunuh Ibu

- Advertisement -

KULIM – Seorang lelaki sanggup mengugut membunuh ibunya ketika meminta wang dipercayai untuk membeli dadah di Kampung Jubai, Labu Besar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azhar Hashim berkata, kejadian pukul 10 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 57 tahun berada di rumah bersama suspek yang berusia 23 tahun.

Sebelum kejadian, katanya, berlaku salah faham dan pertengkaran selepas suspek meminta wang daripada mangsa sebelum mengamuk mengugut mahu membunuh ibunya itu dengan sebilah pisau.

“Suspek turut mengugut memecahkan semua barang dalam rumah sekiranya mangsa membuat laporan polis.

“Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci menghubungi polis kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas laporan itu, polis menahan suspek pada pukul 11.30 malam di rumahnya.

Katanya, polis juga merampas sebilah pisau sepanjang 15 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat