Dia Berkempen Nak Jadi PM9, Tapi Dituduhnya Saya Mahu Jadi PM – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai individu yang pelik.

Kenyataan itu dipercayai dibuat selepas Dr Mahathir mendakwa Najib mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi sekiranya beliau dibebaskan minggu depan atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd.

“Jika dia didapati tak bersalah, saya fikir dia akan mahu jadi Perdana Menteri lagi.

“(Tetapi) Jika dia kalah di mahkamah, sudah tentu dia hilang kelayakan,” Mahathir dilaporkan berkata kepada The Malaysian Insight.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab apakah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan dicalonkan sebagai perdana menteri oleh Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang.

Ia susulan ada spekulasi mungkin pilihan raya diadakan segera pada tahun ini.

Najib berkata, yang menjadi Perdana Menteri ketujuh selepas menjadi Perdana Menteri keempat adalah Dr Mahathir.

Malah yang mahu menjadi Perdana Menteri kelapan pun adalah beliau juga.

”Yang umum dan jelajah blackout satu negara mahu jadi calon PM9, dia. Yang dia tuduh mahu jadi PM, saya. Pelik betul individu ini,” kata Najib.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat