Selepas DNB, Pharmaniaga pula jadi sasaran

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Selepas Digital Nasional Berhad (DNB) tumpas dengan “agenda monopoli tidak baik” nampaknya Pharmaniaga pula menjadi sasaran pihak berkepentingan tertentu yang mahu menjejaskan kepentingan awam.

Bagaimanapun berbeza dengan DNB apabila Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan turut menyokong “pemecahan monopolinya”, Pharmaniaga mendapat sokongan kuat untuk bertahan daripada Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Astro Awani pada 15 Julai lalu melaporkan yang Mohamad -atau mesra dikenali sebagai Tok Mat- mendedahkan ada pihak tertentu cuba menggunakan “kabel pemimpin tertinggi negara” untuk membeli Pharmaniaga dengan harga murah dan mencabar pihak tersebut supaya “langkah mayatnya dahulu”.

Beliau turut mendedahkan yang wujud pergaduhan dalam mesyuarat Kabinet apabila beliau terpaksa mempertahankan Pharmaniaga daripada hilang konsensi ubat-ubatan hospital awam.

“Biar kita sama-sama urus syarikat kita dan saya pasti kita boleh bangun semula,” katanya lagi.

Keberanian Tok Mat menimbulkan perhatian kerana sikapnya amat berbeza sekali dengan Fahmi yang walaupun “memuji” progres pelaksanaan 5G negara yang sangat cemerlang tetapi beliau langsung tidak mempertahankan DNB.

Untuk rekod, DNB mula bekerja hanya pada akhir 2021 dan setakat hujung Jun lepas sudah mencapai tahap 64.7%. Berbeza dengan pelaksanaan 3G dan 4G dibuat sepenuhnya telko yang sehingga kini masih belum mencapai tahap 100%.

Malah beliau berbangga apabila mengumumkan peralihan daripada kontrak tunggal 5G kepada dwi kontraktor seterusnya “memecahkan monopoli” DNB dengan wujud pelan untuk DNB dijual kepada syarikat swasta lain.

DNB adalah syarikat milik kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan dengan potensi besar meraih keuntungan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Pharmaniaga juga adalah syarikat milik kerajaan (GLC) yang ditubuhkan untuk menjadi pembekal logistik ubat-ubatan dan peralatan perubatan menerusi Program Approved Products Purchase List (APPL) kepada sektor kesihatan awam di Malaysia.

Antara pemegang saham Pharmaniaga adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah Kementerian Pertahanan diterajui Tok Mat.

Malangnya, Pharmaniaga merekodkan kerugian bersih sebanyak RM607.2 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding keuntungan bersih RM172.15 juta pada tahun sebelumnya. Kedudukan kewangan ini menyebabkan syarikat itu diletakkan di bawah kategori PN17 atau syarikat bermasalah kewangan di Bursa Malaysia.

Kekukuhan kedudukan Pharmaniaga turut dipersoalkan pihak tertentu yang menuduhnya memonopoli pasaran, alasan yang sering digunakan untuk menyerang syarikat berkepentingan awam di Malaysia.

Bagaimanapun, tuduhan monopoli ini dinafikan Pharmaniaga kerana konsensi syarikat itu dengan MoH hanya berjumlah 37% daripada keseluruhan perolehan ubat-ubatan dan peralatan perubatan tahunan Kementerian Kesihatan di bawah program APPL.
Walaupun wujud banyak desakan supaya “monopoli” Pharamaniaga dipecahkan, Kementerian Kesihatan membuat keputusan melanjutkan kontrak Pharmaniaga selama 10 tahun lagi.

“Kita memang bekerja erat dengan Pharmaniaga. Sudah tentu Pharmaniaga bukan GLC di bawah KKM tetapi sebab sistem yang kita telah pakai lama berkait isu logistik, terutama dengan Pharmaniaga, kita sangat perlukan mereka dan menjadi tanggungjawab kita, sebagai syarikat di bawah kerajaan, cuba membantu,” kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Untungnya Pharmaniaga mempunyai Tok Mat yang tegas mempertahankannya, berbeza dengan DNB yang menterinya Fahmi yang langsung tidak memperjuangkan kepentingannya kepada rakyat.

Usaha pihak tertentu untuk menganggu Pharmaniaga sekurang-kurangnya pada masa sekarang tidak berjaya kerana menteri-menteri yang berkaitan dengannya teguh dengan pendirian menjaga kepentingan awam.

Semua ini membuatkan kita terfikir, jika DNB mempunyai sokongan menteri aka Fahmi yang memahami kepentingan awam, mungkin kacau bilau yang berlaku sekarang tidak berlaku hanya kerana menteri-menteri berkaitan DNB mudah diperdaya dengan alasan semua monopoli itu tidak baik untuk negara dan rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat