Rumah terbuka raya Kardinal #KwitSmoking berlangsung meriah

- Advertisement -

Kardinal adalah sebuah Syarikat berjenama tempatan yang bermula di negari Melaka, Kardinal adalah jenama yang semakin dikenali dalam produk tembakau alternatif dan mempunyai ramai peminatnya sendiri.

Di satu majlis sambutan rumah terbuka Raya tidak seperti yang ‘Biasa biasa’, bertempat di Boathouse yang indah di Tasik Ampang sambutan majlis Raya telah membuatkan deria rasa, pandangan dan bunyi menjadi sensitif dengan pelbagai persembahan yang diatur yang diberi nama ‘IllumiRaya’.

Mengambil inpirasi dari pencahayaan Raya dan sinaran cahaya system pod terbaru Kardinal, KS Lumina, IllumiRaya telah menghimpunkan kumpulan pemuzik, serta artis artis seni kreatif dalam pelbagai genre seperti cahaya, teknologi serta seni pertunjukan dan budaya untuk memberikan kebebasan dalam melepaskan idea kreatif mereka di majlis tersbut.

Kardinal bukan sekadar sebuah jenama berhenti merokok tetapi memberikan tumpuan kepada aris-artis yang berpengalaman dan baharu, serta seniman-seniman kreatif dalam reka bentuk produksi, teknologi baharu, seni jalanan dan juga tradisional, IllumiRaya memperkenalkan semula Kardinal sebagai sebuah jenama gaya hidup yang memahami citarasa pengguna moden.

“Kami berharap IllumiRaya meninggalkan kesan yang berkekalan pada orang ramai,” kata
CEO Kardinal Industries (M) Sdn. Bhd. Erwin Teow.

“Matlamat kami tetap membantu rakyat Malaysia berhenti merokok, tetapi brand Kardinal adalah lebih dari itu.”

“Kardinal menyokong seni, muzik, teknologi baharu, dan banyak lagi-kami ingin menyinari komuniti kreatif lokal.”

Dengan senarai tetamu yang merangkumi selebriti terkenal, personaliti media sosial, media terpilih, pemain industri, dan peminat setia Kardinal, IllumiRaya menerangi Hari Raya dengan perayaan kreatif yang bukan sahaja menjadi mercu tanda pertama bagi Kardinal, tetapi juga janji akan lebih banyak lagi yang akan datang.

Para hadirin menikmati persembahan langsung yang memukau oleh lagenda rock Amy Search, duo hip-hop yGARD WUZGUT, kuartet rock indie terkenal Midnight Fusic, dan penyanyi alt. pop Lunadira.

Dari segi tradisional, Kicau-Bilau mencampurkan muzik ambient dengan alat muzik tradisional, Jemput Dengar mengatur set DJ yang dipenuhi dengan lagu-lagu vintage dari rantau Nusantara, manakala JK Performance Studio memberikan persembahan silat moden, semuanya disokong dengan visual langsung oleh artis AR eksperimental Tobu.

Eksklusif kepada musim Raya, Kardinal telah melancarkan Raya Discovery Pack untuk Lumina di IllumiRaya. Dengan komponen AR yang menarik, pek ini sangat sesuai untuk merakam pengalaman anda dengan produk Kardinal di media sosial.

Pek terhad ini terdiri daripada satu peranti Lumina (Moss Green) dan 10 KSpods yang dipilih khas untuk musim Raya. Paling menarik, setiap para hadirin IllumiRaya diberikan pek tersebut secara percuma. Bagi mereka yang berminat untuk membeli pek tersebut, ia akan tersedia untuk ditempah dalam kuantiti terhad melalui www.kardinalstick.com.

Mengenai Kardinal
Ditubuhkan pada tahun 2017 dan pemenang pelbagai anugerah industri, Kardinal merupakan syarikat Malaysia yang mempunyai tujuh tahun pengalaman dalam pengeluaran produk tembakau alternatif (e-liquid dan vape). Kardinal komited untuk memberi pengalaman eksklusif kepada pengguna.

Dengan pemahaman mendalam tentang keperluan pengguna tembakau dewasa, Kardinal dapat menyampaikan produk yang lebih baik dan memuaskan. Lebih penting lagi, Kardinal dapat memberi bantuan epada perokok dewasa yang mungkin ingin berhenti atau mengurangkan pengambilan nikotin mereka.

Kardinal kini sedang berkembang ke seluruh dunia dengan tumpuan kepada pasaran tempatan. Kami berusaha untuk menyelesaikan sebarang kebimbangan masyarakat dalam industri tembakau.

Ikuti: www.facebook.com/kardinalstick| www.instagram.com/kardinalstick/ www.youtube.com/kardinalstick | www.twitter.com/kardinalstick

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat